Sabtu, 15 Disember 2012

Destinasi Cinta Pilihan

Assalamualaikum....

Menarikkan tajuk entry ku kali ni... pernah tengok tak cerita destinasi cinta kat astro ria... ;) semuanya tentang honeymoon... entry kali ni sy nak cerita pasala destinasi honeymoon impian saya. Impian SAYA ek bukan my D.. kalau my d dia tak kesah sangat...

OK, setiap pasangan yg dah nikah mestilah nak gi honeymoonkan....?? macam tu jugak aku... 

Luar negara @ Dalam negara...?? bagi sy untuk honeymoon sy memilih di dalam negara. Kenapa..?? 

1. Bajet ~ Duit sudah banyak habis untuk kenduri..
2. Taknak buang masa
3. Tak nak penat
4. Malaysia pun banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi ;)

Ape yang kita faham honeymoon...?? for me honeymoon ni adalah masa untuk kita berehat selepas penat lelah membuat persiapan perkahwinan selama berbulan2...
jadi untuk apa kita bazirkan masa kita untuk perjalanan yang jauh..? makan masa yang lama..? betul tak? nama pun berehat kan? so for me lebih baik pergi yang depan tapi masa yg ada berkualiti... betul2 berehat... kalau kata nak berjalan bila2 masa pun boleh berjalankan ;))

so kat bawah ni antara destinasi honeymoon impian aku ;)

1. The Banjaran Hotspings Retreat

Tau tak kat mana ni..? ;) untuk makluman tempat ni 50 jek dri tempat kerja aku... kat ipoh... pernah dengar tak? sebelum ni aku pun tak penah gak dengar. terjumpa masa masuk dalam agoda.com. tempatnya sangat cantik dan mewah. sesuai untuk honeymoon... ;) tapi harga dia agak tinggi RM17++... susah sikit la nak capai hajat ni. tp dapat 1 malam pun cukup la...  yang bestnya ada private pool oke ;)
jom tengok apa ada kat sini ;)






2. Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut
Ni pakej honeymoon yg ditawarkan 
3 Days / 2 Nights From MYR 1,188++ per packageValid till 31st March 2013

Package deal1

  • 3 days 2 nights stay in resort’s exclusive Honeymoon Room

  • Daily continental breakfast in bed

  • Welcome drink at Swiss Deli

  • Fresh rose petals decoration with fruit basket upon arrival

  • One–(1) Sunset Cruise

  • One–(1) 5-course dinner2 laced with the exquisite Lover’s Mocktail

  • Complimentary for the 1st night – strawberries with choc dip AND praline in room with bubble bath

  • Complimentary for the 2nd night – chocolates of passion in room

  • Complimentary 45 minutes of Balinese Massage for 02 adult (worth of RM150)

  • Complimentary mysterious honeymoon gift

  • Complimentary two-(2) bottles of drinking water daily in room

  • Complimentary car park

  • Complimentary scheduled shuttle service to Lumut and Manjung towns for a round of shopping

  • Unlimited usage of non-motorized recreational activities3 (Archery, Beach Volleyball, Beach Soccer, Canoeing, Swimming pool, Gym & etc)

  • 10% discount on any treatment above RM100 in Samsara Spa
Sangat reasonablekan ??? Jom layan panorama kat sini...



Cukup la 2 dulu.. penat la.. nanti sy buat 2nd entry k... ;) nantok la.. nite peeps...

 
If one day you realize I haven't talked to you in a while, it's not that I don't care, it's because you pushed me away and left me there. ;')


Jumaat, 14 Disember 2012

INAI di Hujung jari ^^

Hri ni nak buat teaser pasal inai... teaser ke ape ek...? lebih kepada testing lah... aku saja nak test inai ni. sebab inai ni auntie aku beli tahun 2009 masa dia buat umrah... aku kirim kat dia... ingatkan aku kahwin awal tahun 2010 ke ape.. rupanya tertangguh jugak smpai 2013... ;)) Syukur padaMU ya ALLAH sampai juga jodoh ku... InsyaALLAH amin...

INAI merupakan benda yang paling penting untuk mempelai... pernah ke tengok pengantin tak berinai...?? macam pelik jekkan kalau tak pakai inai... inai ni asalnya daripada budaya kaum india dan kita adaptasi dalam perkahwinan melayu.... tapi orang Arab pun suka inai tau. sebab ramai orang kirim inai dari mekah. kenapa perlu berinai masa berkahwin...??? senang jek... sebab CANTIKLAH!! tambah2 zaman sekarang ni siap boleh lukis2 lagi atas tangan sampai ke bahu ;)). aku nak lukis naga boleh tak kat tangan aku nanti..? hihi...

Pada aku inai ni simbolik untuk mereka yang baru berkahwin. bila kita nampak pasangan yg berinai mesti hati kita berdetik mengatakan mereka ni pengatin baru. ;) i nak make sure inai i tak pudar lama sikit. bila pudar jek nak touch up nanti. barulah ada feel pengantin barukan... hehehe...

cerita pasal inai teringat kawan i cerita masa dia honeymoon... dia mcm takut org2 hotel tak percaya mereka dah kahwin. jadi cara nak membuktikan mereka sudah berkahwin dengan menunjuk nunjukkan inai kat jari dia tu.. nah.. sekarang kita nampakkan kegunaan inai tu.... for me nanti nak inai yang basic dan simple... cukup di hujung jari dan bulatan di tapak tangan.. heheh.. boleh caya ke aku ni... ;)) tengok la mcm mana. ikut bajet. nak lukis inai pun mahal jugak sekarang ni. kalau rasa nak lukis jugak, nanti ari rabu i balik dari kampar i nak singgah masjid India cari orang yang pandai lukis inai. kalau boleh nak buat simple sesimplenya.... tengoklah hasil eksperimen inai saya ni... ;)


Inai Dari Mekah
kasarnya aku lukis...
Cantik tak merah dia..?
Sila abaikan kecomotan yg telah sy lakukan.. hehehe... agak merah jugakkan....?? jadi kesimpulannaya sy tak perlu beli inai lagi... inai ni pun agak lama juga kat jari sy. sudah 2 minggu masih ada lagi di jari sy. cuma warna telah pudar... Ok. sebelum tu nak share jugak gambar2 inai artis2 kita kahwin... ;)


Ayu raudah.. cantikkan.. mayb sbb dia putih..

i suka corak ni....
sangat cantik!!
sangat cantikkan..? i prefer yg ayu raudah.. cantik sangat... argghhh!! tak sabarnya nak berinai... ;)

Isnin, 10 Disember 2012

Awk dan ALAM




Awk tau tak ape beza awk dgn matahari...? Matahari buat sy panas dan berpeluh tapi matahari tak pernah buat saya sakit hati.

Awk tau tak ape beza awk dengan bulan. Bila saya pandang bulan saya rasa tenang dan damai. Tapi bila sy pandang awk sy jadi tak keruan.

Awk tau tak ape beza awk dengan udara? Udara buat sy terus hidup dan bernafas. Tapi awk dah buat sy mati dalam cinta saya sendiri.

Awk tau tak ape beza awk dengan air? Air bg sy banyal sumber. Minum, mandi, wuduk... Tp awk slalu buat sy menangis bila sy ingt kat awk.

Awk tau tak ape beza awk dengan batu? Batu pernah buat sy jatuh dan luka di kaki. Awk pulak penah buat sy luka di hati yg payah sangat sy nak baluti.

Awk tau tak ape beza awk dengan laut? Laut tu luas terbentang dan badainya takkan pernah terhenti. Awk pulak selalu ada badai di hati yg buat sy sedih pilu.

Awk tau tak ape beza awk dengan pokok. Pokok tu sentisa tegak di situ setegak pendiriannya.tp awk tak seteguh pokok tu. Awk terlalu rapuh. Awk tak tetap.

Awk tau tak ape beza awk dengan cermin? Cermin tak pernah menipu. Dia selalu.tunjuk diri saya yg sebenar. Hodoh dan gemuk. Tp awk tak jujur dgn sy. Dari awal perkenalan pun awk tak berlaku jujur.

Awk tau tak ape beza awk dengan tanah. Tanah buat sy berpijak pada bumi yg nyata. Tapi awk buat sy berada di awangan awak buat sy khayal fikirkan tentang awk.

Awk tau tak ape beza awk dengan rel kereta api. Rel tak pernah bagi jalan yang silap. Tapi awk dah buat sy menuju jalan yg bukan sy inginkan.

Awk tau tak ape beza awk dengan awan? Bila sy panas awan akan turunkan hujan untuk sejukkan hati sy. Tapi awk hanya beri taufan untuk sy.

 Awk tau tak ape beza awk dengan abah. Abah satu satunya lelaki yang tak prnah lukakan hati sy. Tapi awk buat luka sy sangat dalam.

Awk memang takkan sama dengan semua yang ada di sekeliling sy, sbb awk adalah yg terINDAH pernah ada dalam hidup sy. Terima kasih sebab buat sy menghargai apa yang ada di sekeliling sy. Terima kaseh buat matahari, bulan, udara, tanah dan semua...

Rabu, 5 Disember 2012

New Born.... ;)

kan seperti yang saya janjikan.... akan ada juga photo air tangan saya... lamanya saya tak menembak... ketar2 tangan ni pegang mr. nick...

ni lah hasil sekian lama tak berkarya... dah tumpul dah parang sy ;(



Prosedur oh... prosedur....



Hari ni my D ambik cuti semata mata nak settlekan permohonan nikah sebelah lelaki dekat Klang....
Semua benda dah selesai....... HIV test, borang2, saksi...
tapi bila dah sampai pejabat agama, rupanya ada benda lagi yg lengkap....
kena gi pendaftar nikah kawasan tempat tinggal dia n bawak dua orang saksi... dalam saat2 macam ni bila masa nak cari saksi.... kalau ada pun kawan2 my D semua kerjakan... bukan boleh suka hati keluar....
Then my D pergi uma pen.pendaftar nikah tu... orangnya pulak takde kat uma... pergi kursus... kesian sangat kat my D... nampaknya tak boleh nak settlekan lagi lagi permohonan nikah dia tu. Susahnya nak menikah kat
Malaysia ni. nikah kat siam jugak yg senang...!!!

My D call tadi..... dia risau sbb dia dah  tak boleh nak cuti dah. Maklumlah dia baru sangat kerja kat tempat baru ni... tak sampai tiga bulan pun... Kesian sangat kat dia.. tapi nak tak nak kena uruskan jugak permohonan tu... so my D buat keputusan nak settlekan malam  ni dengan pen. pendaftar tu, then ari isnin/selasa hantar ke pej. agama... hantar ke pejabat agama tu pun kena tunggu satu hari lagi kat sana... kesian sangat kat dia..

 Tapi ape yang paling buat aku sedih dan tersentuh bila dengan suara my D, sayu sangat. dia cakap orang lain semua datang dengan mak dan ayah... tapi dia uruskan sorang diri jek... kesian kat my D. untuk makluman kawan2 my D ni dah tak beribu dan tak berbapa. memang susah lah bagi dia nak uruskan semuanya. sedara mara pun bukan ambil tau sangat.... kesian my D. YA ALLAH permudahkanlah urusan perkahwinan kami ini. Amin....

Isnin, 3 Disember 2012

SAMPUL BIRU

Alhamdulillah...
1 lagi urusan telah selesai... apa yang dah selesai tu? HIV test ;)...
kenapa tajuk sy sampul biru..?
sebabya sampul bagi ujian hiv test warna biru bagi negeri johor.. untuk makluman ujian ni boleh bertahan selama 6 bulan sahaja... so kalau rasa nak kahwin tahun 2014... tak payah la buat ye... untuk yg nak kahwin lagi sebulan 3 minggu ni boleh la buat...

sekarang ni borang permohonan nikah sy sudah settle. cuma tunggu kebenaran nikah dari my D jek la.. skrg ni pun dia ada kat pej.agama shah alam.. tunggu turn dipanggil untuk kebenaran nikah. ramai orang katanya...
mudah2an semuanya ok dan berjalan lancar.. doakan saya ye... ;))





jgn lah tanye keputusannya.. yang penting sy dah boleh kahwin ek... ;p
sy sudah... anda bila lagi...?
no more lagu 'cari jodoh'....
hehehe...

Ahad, 2 Disember 2012

Singgahsana impian ^^.

Salam readers xpecialy bakal2 mempelam.... Eh mempelai la.... Tajuk sy mmg suka letak yg ekstrim sikit....
Singgahsana tu ape ek??? Singgahsana yang aku maksudkan kat sini adalah pelamin... Mesti korg pun ada pelamin impian korg jugakkan...? For my w-day i tak nak ada bersanding.... Ntah la ek. Mayb sbb majlis buat di dewan... Cukup la org dpt tengok kami makan beradabkan. Jadi tak perlu la bersanding... Masa makan pun org boleh tgok. So kena la kaber2 n control2 masa makan... Hahaha tak leh lah nak tambah nasik!!! Hihihi... For akad nikah pastinya sy memilih lokasi di rumah. Lgpun sultan Johor dah tak bagi kita nikah di masjid... Tp aku tetp prefer rumah sebab kat situ la tempat kita membesar. Betul tak? Ada sentimental value di situ. Walau pun tak bersanding hakikatnya pelamjn tetap perlu ada. Xpecialy untuk ambik gamba... So untuk kat umah sy harap dpt la pelamin yg simple untuk my d sarungkan cincin atas pealim tu nanti. For me singgahsana impian sy seperti berikut....

simple dan cantikkan??

sangat sesuai dengan tema... tp untuk dewan la... akad tak sesuai...

singgahsana btol.... ;)

nak macam ni!! please....

OMG!!! sangat perfect ini tempat nikah...



 kat atas ni antara pelamin2 untuk akad nikah impian kita... tapi tak tau lah... sbb masa gi mak andam takde pilih mana2 pelamin pun.. just bagi dia tema warna.. mudah2an dia buat cantik dan sesuai untuk saya...

Nanti i buat pasal pelamin impian kat dewan pulak ye.. act bukan pelamin tapi backdrop meja beradap... c u soon..... ;)

Jumaat, 30 November 2012

checklist w day updated!!


Checklist Majlis Perkahwinan
Bismillahirrahmanirrahim.
conting da days... ;) InsyaALLAH lagi 51 hari kami (MUNIRA & RAZIZUL) akan di ijab kabulkan.... so post entry kali ni checklist kami sebagai panduan kami apa yg sudah selesai dan ape yg belum di buat. boleh juga di jadikan panduan kepada b2b yang lain ye....

1. Tarikh :
  • Nikah : 25 JANUARI 2012 (9.00 malam) checked!
  • Resepsi : 26 JANUARI 2012 (1.30 tgh) checked!
  • Bertandang: CNY tarikh masih belum ada...
2. Theme & concept:
  • Nikah : Peach + cream checked!
  • Resepsi : purpleishlious checker!
  • Bertandang : antara dua kat atas... jimat kos.. checked!
3. Legal documents:
  • Kursus kahwin: checked!
  • Hiv Test: DONE!!
  • Borang Kebenaran Nikah: dalam prosessss....
4. Venue
  • Nikah : Rumah ku syurga ku... checked!
  • Resepsi : Dewan Kampung... checked!
  • Bertandang : Kampung mr. D kat Baling...
5. Catering/Canopy
  • Resepsi : kawan aye punye catering... checked!
6. Andaman : Checked!!
  • Alhamdulillah settle... amz collection... tq amz sbb banyak bantu aku...
7. Photographer
  • Nikah : checked!
  • Resepsi : checked!
BUTTANG BUTTON PHOTOGRAPHY... THANKS ADIK!!
9. Wedding outfits
  • Nikah:
  • -Dress: NAK SEMPURNAKAN LAGI PEARL2 YG ADA...
  • -Veil: TAMBAH PEARL LAGI ;)
  • -Shoe: EH MANA ADA PAKAI KASUT.. STOKIN LA.. AKU NAK LETAK LACE KAT STOKIN MAK BISING.
  • -Accessories: ARM COLLECTION SUPPLY... CHECK!!!
  • Resepsi:
  • -Dress: checked!
  • -Veil: checked!
  • -Shoe: checked!
  • -Accessories: checked!
  • Bertandang:
  • -Dress: checked!
  • -Veil: checked!
  • -Shoe: checked!
  • -Accessories: checked!
10. Makeup
  • Nikah: checked!
  • Resepsi: checked!
11. Doorgift
  • Resepsi: checked!
  • - VIP doorgift: checked!
  • - Guest doorgift: BELUM SELESAI
  • - Kids doorgift: BELUM SELESAI...
12. Bunga Pahar/Bunga Manggar/Centerpiece
  • Resepsi:checked!
13. Hantaran
  • Bilangan dulang: 7 berbalas 9
For ME :
Sirih - 2 OR 3 ARI sebelum majliskan..
Mas kahwin &Cincin- mas kahwin my d tgah kumpul wit, cincin settle dah...
Handbag- checked!
Make up- checked!
hp- checked!
Jam Tangan - checked!
Telekung checked!!
  • For My D:
Sirih Junjung NANTI BUAT
wallet- checked!
phne- checked!
Tafsir Quran - checked!
buku- checked!
Perfume set- checked!
kek- dah tempah...
coklat - ????
???? - checked!
15. Invitation Card
  • Nikah & Resepsi: Sedang di design & di sponsor oleh abg man kesayangan.. tq abg man...
  • -800pcs checked!
16. Cake
  • Resepsi: dah order dgn zai bakery...
17. Jurunikah/Pembaca doa
  • Nikah: Jurunikah- checked!
  • Resepsi: Pembaca doa- checked!
  • Abah dah settlekan...
18. Handbouquet
  • Nikah: D.I.Y. checked!
  • Resepsi: D.I.Y gak!! chechked!!
19. Guest List
  • Resepsi: dalam process...
20. MC/Kompang/Entertainment
  • MC: kawan aye kot...
  • Kompang : keje abah
  • PA system: abah gak...
21. Pengapit/Bridemaids/Bestman
  • Nikah: Bridemaids & Bestman
  • Takde dalam otak pun... ambik my cousy2
22. Dresses for family
  • Resepsi: checked!!
23. Bilik pengantin
  • Katil: checked!!
  • Decoration: kena beli perhiasan!!! D.I.Y...
24. Signage
  • Resepsi: 20pcs.
Location: NANTI BUAT KAT SKOLAH OKE....
25. Facial/Massage/Inai
  • BUAT SEBULAN SEBELUM MAJLIS.. INAI BLI KAT KDAI INDIA JEK LA...
28. Signboard / Arrow to Reception venue
  • NANTI I BUAT YE....

Khamis, 29 November 2012

Beralah...

Tuhan....
Aku sedar semua yg terjadi atas rasa marahku....
Atas rasa dendam ku...
Atas rasa benci ku...
Namun aku redha...
Kerna ku tahu ini yg terbaik buat ku...
Buat dia dan dia...
Aku yang beralah...
Tuhan...
Tiada apa yg perlu ku kesalkan lagi...
Kerna semuanya telah ditentukan...
Aku bersyukur...
Bersyukur dgn apa yg tertulis ini...
Redha...
Tuhan...
Peliharalah hatiku dri rasa hasad...
Jauhkan aku dari ingatan2 tentang dia, dia dan dia...
Ikhlaskanlah hatiku untk memafkan...
Walau sukar walau rupanya juga tidak mau lagi ku lihat...
Tuhan...
Aku tak perlukan kecantikan untuk bahagia....
Aku tak perlukan kemewahan untuk gembira....
Aku tak perlukan ramai kawan untuk buat ku tersenyum...
Yg ku perlu cuma hati... Hati yg ikhlas,bersih dan tenang...
Tuhan berilah aku bahagia...
Bahagia bersama pemilik rusuk ku...
Amin...
ian van dahl!!

Selasa, 20 November 2012

6625012013

tajuk tu bukan no tepon ek... Tp... :) Papepun 66 days to goooo..... Babyaknya keje tak settle lagi....

Selasa, 13 November 2012

lelaki semalam...

sabtu ahad yang lepas baru je selesai menghadiri kursus pra perkahwinan di pej. Agana Tapah. Alhamdulillah benda yang paling penting skali untuk kahwin dah selesai. Kalau takde ni ust kata boleh kahwin tapi tak dpt surat nikah...
Banyak lagi benda yang perlu kita belajar selepas melangkah ke alam perkahwinan. Berkahwin bukan UNTUK TIGA HARI tp untuk selama-lamanya sampai ke SYURGA.
Sebab tu perlu berusaha melakar cinta di pintu syurga bersama insan yang bergelar suami/isteri kita. Bagaimana caranya... ? :) Ada sorg ustazah tanye kenapa kamu nak kahwin... Bagi saya jawapan yg sy berikan sebab saya dah tua. Malas nak fikir lagi soal cinta. Ramai yg menjawab ingin akhiri cinta bersama org yg di cintai. Kata ustazah perkahwinan itu satu ibadah. Apapun yg kamu buat bersama suami isteri Allah akan berikan pahala walaupun sekadar pegang tangan. Jadi pernikahan dan perkahwinan itu sangat suci.... Tak sabarnya nak kumpul pahala. Ye la brapa banyak dosa yang kita kumpul zaman bercouple dulu. Pegang tangan pun berdosa. Bwrtelefon dan rindu pada bukan mahram kita pun berdosa kata ustazah. Malu tuduk ke lantai. Banyaknya dosa yg kita tak sedar kita buat.
Org yg dah kahwin pun mudah juga dpat dosa. Contoh suami yg biarkan isteri tidak menutup aurat or isteri tang keluar rumah tanpa meminta izin juga berdosa. Mudahnya kita mendapay dosakan... Baru sekarang tersedar benda2 yg remeh mcm ni. Pada sy kursus ni sangat bagus. Banyak ilmu yg kita belajar. Tapi masih tak cukup lagi untuk bina keluarga yg bahagia. Aku rasa kena banyak lagi belajar. Kena banyak beli buku. Kena byk dgr ceramah dan lain2 lagi. Semoga kita semua berjaya melakar cinta d pintu syurga. Amin... Sy bukanlah perempuan yg baik. Tapi sy nak sangat jadi isteri yg diredhai. Kawan2 doakan saya ye... ;)

Khamis, 8 November 2012

Munirakirana

Hari ini ku lihat pada awan...
Berharap cuaca seiring damai hati ku...
Hari ini ku bernafas panjang...
Berharap nafasku sentiasa ada untuk mu...
Ku pejamkan mata ku...
k
dr Ku teliti satu persatu yang ada di dalam hati ku
Kamu itu pasti...
Sue itu nyata...
Pn. Yasmin & drama team.. Tahniah utk semuanya.... Terima kasih sebab buat teacher happy sepanjang perjalanan ini...
Ruang hati terlalu kecil untuk org lain...
Cukuplah insan2 ini segar dalam hati... Kerna keikhlasan yg diberi...
Sedih tak dapat tukar:(

Isnin, 5 November 2012

Benci dan Cinta

sebesar mana benci kamu kepada ku
Sebesar itulah cinta ku kepada kamu
Benci yang tidak dapat ku perbaiki
Dan cinta yang tidak mungkin kau miliki
Selama-lamanya
Dirimu yang pernah ku cinta...
Berulang kali ku kata aku cinta
Berjuta kali kamu menolaknya...
Hingga aku terluka dan kecewa
Di kata buruk hatiku lara
Lari dan terus ku berlari...
Meninggalkan mu jauh dari hati
Kerna ku percaya cinta kamu
Tiada untukju walau sekelumit
Dalam pelarian ini
Ku temu satu hati ikhlas dan jujur mencintai
Kasihnya,sayangnya, cintanya yakin hanya untukku
Tiada berbelah bahagi, tiada rasa sangsi...
Bila aku punya satu hati
Kau datang dan kembali
Ingin perbaiki yang telah kau kotori
Kau kembali dengan sayang
Kau kembali dengan cinta
Kamu kata kamu amat sayang
Kamu kata kamu amat cinta
Bukan aku tak sayang
Bukan aku tak cinta
Rindu???
Hanya DIA je tahu...
Tapi cukuplah apa yang pernak ku lalui...
Sakitnya masih terasa
Parutnya masih ada
Titisan demi titisan tak mampu lagi Ditanggung alis Kamu kata kamu selesa Kamu kata kamu gembira Aku dengan jalan hidupku... Dan kamu ada jalan kamu sendiri Tapi kini kamu kata kamu benci Kenyataan ini pasti Kenyataan yang perlu kita hadapi Sebesar mana cemburu kamu pada kami Sebesar itulah cintaku pada kamu Sebesar mana benci kamu pada ku Itulah nilai cintaku padamu...

Selasa, 9 Oktober 2012

DIY kasut kahwin ;)

teaser cikit jek...
Mesto org kata ku nak jimatkan... Hehehe.. Selain nak jimat nak merasa hasil tangan sendiri pada hari bersejarah....

Khamis, 20 September 2012

Perjalanan...

Kadangkala kita perlu berpatah balik pada perjalanan yang pernah kita lalui...
kerana laluan itu yang membawa kita ke hari ini...
laluan itu yg mencorakkan kerhidupan kita hari ini...
baik atau buruk...
itulah laluan kita...
kenapa kita perlu mengejar kelajuan atau kepantasan...
sedangkan kita tau kita takkan menghargai apa yg kita ada
dengan kepantasan itu...
lebih baik kita berjalan dari menaiki tren yang meluncur
laju tetapi tidak perasan akan kehadiran pelangi indah...
namun hati2 dengan langkahmu....
jangan sampai terluka atau melukakan...
kamu...
tiada salahmu pada diriku...
semakin ku benci, semakin ingat ingatanku kepadamu...
kamu...
maafkan aku...
sukar untuk ku berikan kata dua...
bukan bermaksud tamak mahupun mendua...
sekadar keliru dengan apa yg terjadi...
biarlah ku ikuti kemahuanmu...
biarlah aku berlalu pergi kerana diri ini tidak kurang sama
dengan kenangan mu dulu...
aku tidak mahu menjadi bayangan kenangan mu bbg...
kamu...
jika kau tanya apa rasa ku...
rasa ku juga tiada sempadan...
kamu...
aku juga mahu kamu tahu aku ingin sekali sedih dan tawaku bersamamu...
di setiap nafasku...
kamu...
hakikat tiada istilah kebetulan...
andai bisa kita berjalan seiringan...
akulah orang paling bahagia tika itu...
jika tidak... apadalah dayamu...
kamu...
maaf... kehadiran ku bukan pinta mu...
dan aku tidak pernah pinta rasa ini....
kemanisan yg ku beri ikhlas dari hati...
tiada niatku lenyapkan cahaya ini...
maaf atas segala yang terjadi...
aku masih kabur dengan pemilik hati...
di mana hati ini harus berlabuh juga belum pasti...
dan yang pasti...
Diriku...
terlalu rindukan kenangan lalu...
terlalu sukar mentafsir ketinggian bahasa kebesaranNya...
kamu...
maafkan aku...
andai juga kamu bisa mengukur dalamnya sayangku pada...
saat ini aku terlalu rindu...
hanya itu yang mampu...
kini...
aku akan terusi apa yang ku ada...
menghargai org yang ada di sisiku...
tidak bersifat tamak dan tidak juga curangi cintamu..
di usia ini aku perlukan RUANG di hatimu...
bukan PELUANG darimu...
di saat ini aku perlukan bakal SUAMI untuk ku...
bukan KEKASIH...
di saat ini aku perlukan
Aku perlukan IMAM dalam hidupku...
bukan KETUA untul diriku...
Aku perlukan PELINDUNG untukku...
bukan PEGUAMCARA...
Layakkah aku untukmu...
aku hanya perempuan hina...
layaknya aku di tapak kakimu...

Isnin, 10 September 2012

DIY Veil...

woop!! ape itu DIY..? dulu aku pun mcm blur2 gak ape tu DIY... bila tgok blog2 B2B baru aku tau maksud DIY tu... DO IT YOURSELF!! haaa.. itulah maksudnya... dalam bm dia buat sendiri!! hihi... so untuk majlis aku ni kalau boleh semua nak diy... orang kata DIY ni jimat... tapi sebenarnya kalau tak betul2 bajet anda akan tertipu dan belanja yang anda gunakan melebihi kalau anda sewa di kedai pengantin... aku cakap bedasarkan pengalaman... pengalaman beli material untuk nikah... campur baju lelaki dekat rm500 habis... sepatutnya tak sampai la harga mcm tu.. belum kira manik lagi... kesilapan aku sebab tak buat list and tak survey2 harga dulu.. tau nak cepat jek... so pade semua b2b kira lah betul2 sebelum membeli apa2 bahan untuk diy... ok kali ni aku nak cerita pasal veil aku. veil ni pun diy. material yang aku guna kain net. mulanya aku nak beli chiffon. tapi sales ass jakel tu cakap kain chiffon tak secantik kain net. so aku pun terpengaruh dgn dia ambik kain net. kain net yang dia syorkan tu agak mahal la. seminit rm20.50. then aku tanye dia brape meter nak kena beli untuk buat veil. dia kata satu meter setengah. bila balik aku potong sebenarnya semeter pun da cukup.. haa... kan dah jadi satu pembaziran. jangan jadi macam aku ek. korang kena survey betol2 ape yg korang kena beli brape ukuran dia semualah. ok untuk veil ni aku ada beli balance2 lace yang dijual kat jekel. balance lace ni niat aku nak buat patch lace kat baju. so aku ambik jugak sikit untuk di pacthkan kat veil aku. dan veil aku ditambah2 dengan memanik... hahaha... tapi tak siap lagi. jadi ni lebih kurang veil yang akan ku siapkan... cantik tak???

Isnin, 3 September 2012

B2B... ;)

SALAM... Lama dah ku tak update blog aku... ape tu b2b ek? mesti korang tertanya2... malu lak hurm... takpe la nanti aku masukkan teaser supaya korang paham... ape yang paling penting nak jadi b2b ni kena ada checklist. banyak giler benda nak kena buat. dan banyak benda lagi yang aku tak buat. tarikh pun tak pilih lagi. dalam bayangan aku 17 dan november. tp masih lagi boleh diubah. yang penting bulan november jugak. untuk sampai ke bulan tu aku masih ada 2 bulan jek lagi lebih kurang. sempat ke tidak aku pun tak tahu. aku ada bagitau mak nak buat bulan februari 2013, tapi mak tak bagi. mak tak bagi lewat2kan. kena cepat2 mak kata. aku bukan apa, kalau februari banyak sikit duit boleh kumpul. dengan tak ada simpanannya. naik pening gak kepala ni fikir pasal duit ni. tapi takpe la. aku pernah dengar orang kata bila kita planning nak kahwin rezeki tu akan datang dengan mudah... hahaha... korang mesti dah dapat cluekan apa b2b. itulah jawapannya. alhamdulillah... aku pun tak sangka jugak sebenarnya. benda ni jadi terlalu cepat. dalam masa sebulan jek mcm tu. persiapan?? hurm... kursus kahwin pun tak pergi lagi. insyaAllah dalam bulan ni jugak aku pergi. borang nikah aku dah ambik. PASANGAN jek tak ambik lagi. hihi... lagi ape ek... baju nikah dah beli material and dah hantar tempah pun. niat di hati nak DIY baju nikah aku tu. nak buat patch lace with beads... and veil pun aku DIY jugak. sama gak mcm bungan tangan nanti...nanti aku akan update perkembangannya. bukan ape. sambil berblog sambil buat checklist apa benda yang tak settle lagikan... ok rasanya cukup la dulu untuk kali ni... doakan B2B ni ye ;)

Ahad, 10 Jun 2012

Pembuka segala hari...

Penggal baru, Azam baru dan semangat baru... ;). Esok adalah permulaan hari baru bagi penggal yang ke 2 persekolahan... rasa macam lemau jek sepanjang tahun ni... kerja2 pun banyak yang terbengkalai... mulai esok berazam untuk buat yang terbaik dalam semua urusan... tidak kira la urusan sekolah, urusan ambik2 gambar dan semuanya... tagline untuk semua ni tidak ada masa lagi untuk MAIN2.. semuanya kena pandang serious untuk kita jadi maju ke hadapan ;)) sejak dua menjak ni semangat datang lain macam sikitlah... cuma kekadang je bila teringat sesuatu benda yang menyedihkan buat kita rasa down cikit. but harap ia tak ganggu azam saya ;))InsyaALLAH...

Jumaat, 8 Jun 2012

JODOH

Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan penulis ;)
Mendapat inspirasi daripada seorang rakan bloger untuk menulis entry ini. Bukan tujuan untuk meraih simpati sekadar ingin berkongsi pengalaman diri berkaitan jodoh. Mesti ada yang tertanya dah bertemu jodoh ke cikgu murni..? Masih belum ditemui dan jodoh masih belum sampai. Tipulah jika saya katakan di saat umur begini saya tidak mahu mendirikan rumahtangga. Melihat kawan2 mula naik pelamin pun diri mula terasa sampai kadang2 lagu 'cari jodoh' berputar dalam kepala saya... hehehe... ;). Dan yang paling utama di usia 26 begini tiada masa untuk saya main2 xpecially dalam soal ini. Pagi tadi saya terbaca status seorang rakan FB berbunyi "ALLAH TAKKAN BERIKAN APA YANG KITA MAHU TETAPI ALLAH AKAN BERIKAN APA YANG KITA PERLUKAN". Yup... kata2 ni pun sangat sesuai untuk entry saya ni. Apa yang saya mahu dan rancangkan tidak berjaya sebelum ni. dan sy percaya DIA akan berikan apa yang saya perlu bagi melengkapkan hidup saya sekarang. Bila masanya..? saya sendiri tiada jawapan. Mungkin akhir tahun, lepas raya atau 3,4 tahun yang akan datang. Hanya DIA yang tahu. Bercinta 5 tahun pun belun tentu jadi jodoh kita, sudah bertunang pun belum tentu tunang itu jodoh kita dan kadang2 langsir kahwin sudah ditempah pun kalau takde jodoh, takde jugak. Ni pengalaman yang saya alami.... Saya kerap berseloroh dengan Mak... saya ckp dengan mak yang sy nak kahwin tahun ni jugak. tarikhnya 10.11.12 jam 9am... Dan mak akan cakap CALON pun takde sibuk nak pilih tarikh. dan saya akan jawab pada mak kita perlu ada target... ;)) Lambat atau cepat itu semua kuasa dan ketentuan ALLAH. Sebagai hamba kita hanya mampu berdoa. Mungkin jodoh kita ada di depan mata kita sahaja tanpa kita sedari. Mungkin jugak jodoh kita orang yang rapat dengan kita, sanggup berkongsi masalah dan sanggup ada dengan kita dikala suka ataupun pun duka atau mungkin jodoh kita berada berjuta batu jauhnya.... ;)) Rasa macam panjang pulak entry ni. Maaf... saya bukan pandai bermadah ataupun bercerita. Blog ni pun lebih kepada blog photo ;)... Cuma skali skala teringin juga berkongsi apa yang saya rasakan dan apa yang saya alami.... Ok ke entry saya ni...?? ;))

Rabu, 6 Jun 2012

DOA- HATI...

Tuhan, Berikanlah- ku- bahagia... ku- rindukan- senyum- dan- tawa- ku- tika- bahagia... andai- derita- milikku- selamanya... Tuhan- turunkanlah- sedikit- bahagia- buat- ku... kerana- aku- sangat- mahu- rasakan- bahagia- itu... Tuhan... ku- pasti- kau- tau- isi- hatiku... ku- pasti- kau- tau- apa- mauku- Tuhan... Makbulkanlah- doaku- tuhan... isikan- lah- kekosonganku- tuhan... isilah- dalam- bentuk- apa- jua- asalkan... kau- beri- ku- bahagia... AMIN...

Ahad, 3 Jun 2012

Saya minta ros yg cantik DIA beri kektus berduri...

Peninggalan hujan...

Hujan bawa air mata ku Yang mengalir membasuh luka ku Agar dia tahu ku terseksa Tanpa cinta dia di hatiku....