Hampir 5 tahun sudah perjalanan blog ini. Banyak perkongsian suka dan duka telah dikongsi di sini. Namun sedayanya perjalanan blog ini tidak akan pernah berhenti walau sesibuk mana pun aku. Blog ini menjadi saksi lakaran perjalanan hidup aku dari zaman bujang dan kini sudah berumahtangga. Kelak ada anak jua. Indahnya kehidupan. mujur ada blog ini. sekurang kurangnya banyak kenangan yang tidak akan ku lupa bila kembali kepada blog ini...
Jumaat, 8 Jun 2012
JODOH
Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan penulis ;)
Mendapat inspirasi daripada seorang rakan bloger untuk menulis entry ini. Bukan tujuan untuk meraih simpati sekadar ingin berkongsi pengalaman diri berkaitan jodoh. Mesti ada yang tertanya dah bertemu jodoh ke cikgu murni..? Masih belum ditemui dan jodoh masih belum sampai. Tipulah jika saya katakan di saat umur begini saya tidak mahu mendirikan rumahtangga. Melihat kawan2 mula naik pelamin pun diri mula terasa sampai kadang2 lagu 'cari jodoh' berputar dalam kepala saya... hehehe... ;). Dan yang paling utama di usia 26 begini tiada masa untuk saya main2 xpecially dalam soal ini.
Pagi tadi saya terbaca status seorang rakan FB berbunyi "ALLAH TAKKAN BERIKAN APA YANG KITA MAHU TETAPI ALLAH AKAN BERIKAN APA YANG KITA PERLUKAN". Yup... kata2 ni pun sangat sesuai untuk entry saya ni. Apa yang saya mahu dan rancangkan tidak berjaya sebelum ni. dan sy percaya DIA akan berikan apa yang saya perlu bagi melengkapkan hidup saya sekarang. Bila masanya..? saya sendiri tiada jawapan. Mungkin akhir tahun, lepas raya atau 3,4 tahun yang akan datang. Hanya DIA yang tahu.
Bercinta 5 tahun pun belun tentu jadi jodoh kita, sudah bertunang pun belum tentu tunang itu jodoh kita dan kadang2 langsir kahwin sudah ditempah pun kalau takde jodoh, takde jugak. Ni pengalaman yang saya alami....
Saya kerap berseloroh dengan Mak... saya ckp dengan mak yang sy nak kahwin tahun ni jugak. tarikhnya 10.11.12 jam 9am... Dan mak akan cakap CALON pun takde sibuk nak pilih tarikh. dan saya akan jawab pada mak kita perlu ada target... ;))
Lambat atau cepat itu semua kuasa dan ketentuan ALLAH. Sebagai hamba kita hanya mampu berdoa. Mungkin jodoh kita ada di depan mata kita sahaja tanpa kita sedari. Mungkin jugak jodoh kita orang yang rapat dengan kita, sanggup berkongsi masalah dan sanggup ada dengan kita dikala suka ataupun pun duka atau mungkin jodoh kita berada berjuta batu jauhnya.... ;))
Rasa macam panjang pulak entry ni. Maaf... saya bukan pandai bermadah ataupun bercerita. Blog ni pun lebih kepada blog photo ;)... Cuma skali skala teringin juga berkongsi apa yang saya rasakan dan apa yang saya alami.... Ok ke entry saya ni...?? ;))
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
betul. sebab aku dah alaminya. telah hadir seseorg yang aku perlukan.
BalasPadambetul...dan masih menunggu....ada seorang kakak kat tempat kerja pernah bagi tau aku bahawa "jodoh perlu ditunggu" =P
BalasPadamsalam.
BalasPadamhehe. wah, keluar jugak entry ni. ^^
byk fakta dalam cerita ni. lelebih lagi
yg cerita ni dah ade sedikit sebanyak pengalaman.
jgn putus asa mencari cikgu! ^^
best wishes always..
BalasPadamjangan putus asa MK... hari bahagiamu akn tiba suatu hari nnt... menangislah dihari kebahagiaanmu e2... pelengkap hidupmu akn ada,bukan dibelakangmu meski dihadapanmu.. tetapi kekal didalam hatinya dan hatimu selamanya,terus di ingatan.... insyallah.... tke cre MK.
BalasPadam