Selasa, 13 November 2012

lelaki semalam...

sabtu ahad yang lepas baru je selesai menghadiri kursus pra perkahwinan di pej. Agana Tapah. Alhamdulillah benda yang paling penting skali untuk kahwin dah selesai. Kalau takde ni ust kata boleh kahwin tapi tak dpt surat nikah...
Banyak lagi benda yang perlu kita belajar selepas melangkah ke alam perkahwinan. Berkahwin bukan UNTUK TIGA HARI tp untuk selama-lamanya sampai ke SYURGA.
Sebab tu perlu berusaha melakar cinta di pintu syurga bersama insan yang bergelar suami/isteri kita. Bagaimana caranya... ? :) Ada sorg ustazah tanye kenapa kamu nak kahwin... Bagi saya jawapan yg sy berikan sebab saya dah tua. Malas nak fikir lagi soal cinta. Ramai yg menjawab ingin akhiri cinta bersama org yg di cintai. Kata ustazah perkahwinan itu satu ibadah. Apapun yg kamu buat bersama suami isteri Allah akan berikan pahala walaupun sekadar pegang tangan. Jadi pernikahan dan perkahwinan itu sangat suci.... Tak sabarnya nak kumpul pahala. Ye la brapa banyak dosa yang kita kumpul zaman bercouple dulu. Pegang tangan pun berdosa. Bwrtelefon dan rindu pada bukan mahram kita pun berdosa kata ustazah. Malu tuduk ke lantai. Banyaknya dosa yg kita tak sedar kita buat.
Org yg dah kahwin pun mudah juga dpat dosa. Contoh suami yg biarkan isteri tidak menutup aurat or isteri tang keluar rumah tanpa meminta izin juga berdosa. Mudahnya kita mendapay dosakan... Baru sekarang tersedar benda2 yg remeh mcm ni. Pada sy kursus ni sangat bagus. Banyak ilmu yg kita belajar. Tapi masih tak cukup lagi untuk bina keluarga yg bahagia. Aku rasa kena banyak lagi belajar. Kena banyak beli buku. Kena byk dgr ceramah dan lain2 lagi. Semoga kita semua berjaya melakar cinta d pintu syurga. Amin... Sy bukanlah perempuan yg baik. Tapi sy nak sangat jadi isteri yg diredhai. Kawan2 doakan saya ye... ;)

5 ulasan:

  1. semoaga dipermudahkan urusan kamu :)

    BalasPadam
  2. walawiiieeeeee....

    soNok pergi kursus kawen? hehehe...

    kina dah laluinya 4 tahun yang lepas. sehingga sekarang masih teringat kata² ustat yang bagi ceramah masa kursus tu. ada yang bab kelakar bukan main lagi mata ngantuk tak jadi nak ngantuk. tapi bila bab yang tak best mula la mata kuyu. hihihihi..

    harap ape yang dorang bagi ceramah tu akan memberi asas yang berguna masa dah kawin nanti. semOga segala urusan awk akan dipermudahkan. Amin....

    BalasPadam
  3. wah... Tahniah!!! insya allah jika dah niat nak jadi isteri yg terbaik tu pun dah dapat pahala... =) semoga segala urusan dipermudahkan dan jgn lupa upload gambar kahwin nanti ye

    BalasPadam