Selasa, 2 Jun 2009

Warkah Buat Yusry

Saya baru je sampai rumah... kembali dari rumah awak. Menziarahi arwah adik awk. Takziah saya ucapkan kepada awak dan keluarga awak. Semoga adik awak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin... Sepanjang perjalanan balik tadi saya asyik teringat awak sahaja. Entah kenapa. Sebelum ni ada juga kita berjumpa dan takda langsung gangguan emosi yang wujud dalam diri saya. Saya masih ingat lagi tahun lepas saya datang ke rumah awk masa adik awak kahwin. Kita masih boleh berbalas senyuman dan tiada apa perasaan yang timbul.
Saya mula-mula sampai ke rumah awak, satu wajah yang saya cari – wajah yusry yusoff... wajah awak. Saya nampak awak menangis. Sebak bila saya melihat awk menangis. Meratapi kepergian satu-satunya adik awak. Orang kata adik awak mati lemas. Lemas di Lubok Timah. Saya nak mintak maaf dengan awk. Saya tak pasti benda ni betul-betul kenyataan ataupun mitos. Sebenarnya saya ada bersumpah dengan seseorang. Saya bersumpah kalau saya buat salah pada dia, saya akan mati semalam. Saya berani bersumpah sebab saya tahu saya tak buat salah. Tapi semalam malam dalam pukul 8.15 malam emak panggil saya. Emak cakap adik awak dah tak ada lagi. Saya tak tahu mungkin sumpahan saya terkena pada adik awak. Saya mintak maaf. Saya tahu ajal maut di tangan Tuhan, tapi mungkin ini jugak adalah sebagai satu pengajaran untuk saya. Berhati-hati bila buat sumpahan. Sebab sumpahan tu akan makan diri sendiri. Ntah la awak, tapi saya nak ambik peluang ni nak mintak maaf pada awk.
Awak, ingat tak 7 tahun yang lepas awak menangis? Menangis sebab awak terpaksa tinggalkan saya. Awak, saya tak pernah marah walaupun awak tinggalkan saya. Tiga tahun selepas awk tinggalkan saya, baru emak cerita apa yang berlaku sebenarnya. Saya tak sangka emak sanggup jumpa awk dan mintak awk tinggalkan saya. Dulu masa saya dengan awk, emak memang selalu marah dan larang saya jumpa dengan awak. Mak kata kita tak boleh bersama sebab nanti zuriat kita akan cacat. Tapi saya tak percaya semua tu sebab tu semua kuasa tuhankan awk? Emak kata awak kotor, tangan awak selalu main dengan minyak. Saya tak pernah kisah semua tu sebab saya selalu sokong apa yang belajar dan apa yang awak minat. Tapi awk tahukan, saya degil, walaupun emak larang, saya tetap nak jumpa awak. Awak pun tahu saya bukan jenis perahsia. Semua benda akan saya bagitahu mak. Kak Yang dengan Abang yusoff pun tahu kita bersama. Masa awak tinggalkan saya, saya sedih sangat. Saya tak tahu kenapa tiba-tiba awk nak tinggalkan saya. Masa saya dapat berita awak bertunang, saya agak terkilan. Tapi saya tak boleh buat apa-apa. Sebab kita memang tak ada jodoh. Awak ingat lagi tak alasan awk tinggalkan saya. Awk kata saya pangkat ibu saudara sepupu awak. Tapi kenapa masa mula-mula dulu, awk tak pernah terfikir benda tu? Tapi bila saya tahu cerita sebenar, saya sedar ini semua bukan salah awk. Saya pun tak pernah salahkan emak saya.
Awak, saya kenal awak daripada saya kecil lagi. Masa saya tinggal dengan mak itam, arwah nenek awk. Masa tu awk tingkatan dua, saya pulak baru darjah satu. Bila balik sekolah je, saya akan duduk di rumah nenek awak, sementara tunggu mak datang ambil saya. Masa tu saya panggil awk abang yus. Sebab sepupu-sepupu awk yang lain panggil awak macam tu. Awak ingat tak mak itam selalu marah awk sebab awk panggil sy muni je? Kata mak itam awk patut panggil saya mak muni sebab saya ni pangkat ibu saudara awk. Tapi awk tak pernah pun nak panggil saya mak muni. Mungkin sebab saya jauh lebih muda dari awak.
Awak ingat tak, saya selalu tunggu awak bila mak itam suruh saya makan. Saya selalu cakap nak makan dengan abang yus. Dan bila awak balik, awak akan temankan saya makan. Ingat lagi tak masakah favorite kita yang mak itam selalu masak? Simple je kan awk... telur goreng dan kicap. Simple tapi sedap. Kita tak pernah merungut apa yang mak itam masak. Sebab kita tahu itu kemampuan mak itam. Dan makan dengan penuh selera. Lepas makan, awk akan masuk bilik awk. Saya pulak biasanya akan tengok tv. Bila awk dah siap mandi dan solat, awak temankan saya tengok tv. Kita selalu berebut siarankan? Saya pun dah tak ingat tajuk cerita yang awk suka tu. Tapi biasanya awak akan mengalah dengan saya sebab awak tahu pukul 3 mak saya akan sampai ambik saya. Tapi benda ni tak lama sebab mak saya ambil pekerja untuk jaga saya. Sejak dari tu, kita jarang jumpa. Cuma kadang-kadang abah bawak saya pergi rumah mak itam naik motor. Masa tu je la kita jumpa. Dan saya perasan makin lama, kita makin kurang berbual dan tidak rapat lagi.
Tapi, setiap kali hari raya, awak pasti akan datang ke rumah saya. Bila awk nak balik, awak akan hulurkan tangan awak untuk salam dengan saya. Dan saya selalu ingat pesan awk supaya saya belajar rajin-rajin. Sampai la saya tingkatan tiga, masa tu awk dah sambung belajar. Bila cuti semester awak akan duduk kat rumah mak itam. Saya ingat lagi, awak selalu kirimkan salam awak pada saya dengan ziela sepupu awk. Hampir setiap pagi saya terima kiriman salam daripada awak. Bila saya tingkatan empat, saya dapat call dari awak. Berani awk telefon rumah tok anjang ni, atok saudara awk sendiri, untuk bercakap dengan saya, ibu saudara sepupu awk sendiri. Saya pun terkejut bila awak telefon rumah saya. saya ingat lagi masa tu, awk nak ajak saya keluar minum. Ingat lagi tak? Saya datang rumah mak itam naik moto scooter. Masa tu awak baru beli motor. Lagenda tak silap saya. Bila saya sampai ramai depan rumah nenek awak. Malu jugak la saya. Bila kita nak keluar, sepupu-sepupu awk sibuk suruh kita naik satu motor. Saya dengan menahan malu, naik jugak la motor dengan awak. Masa tu awak tengah gila motor, almaklumla baru dapat motor baru, tempat pertama yang awak bawak saya adalah kedai buat no plate motor. Awk tukar number plate awk... berpeluh gak la saya tunggu dengan panasnya. Lepas dah siap tu kita pergi summit. Awk belanja saya makan. Tapi hubungan kita memang terbatas. Masa tu saya tak ada handphne. Awak nak contact saya pun susah. So lepas awak balik KL, saya pun tak dapat nak contact awk kecuali kalau awk balik rumah nenek awk.
Awak ingat lagi tak masa awak excident? Hampir enam bulan awk duduk rumah nenek awk? Masa tu awak cari saya. Dan masa tu jugak la kita serious menjalinkan hubungan. Awak ingat lagi awak teringin nak makan ais cream? Saya belikan awak ais cream panggang... awak cakap sedap. Walaupun awak tempang, saya tetap bersama awak masa tu. Ingat lagi kita beli juadah berbuka sama-sama? Ingat lagi tak kita buka puasa sama-sama? Ingat lagi tak awak temankan saya beli baju raya? Ingat lagi tak awak? Semuanya masih segar dalam ingatan saya awk. Awak ingat tak saya sanggup ponteng tuisyen semata-mata nak keluar dengan awak. Walaupun awak baru pulih dari patah kaki, awak tetap keluar naik motor ambik saya. degilnya saya ni kan awak. Tapi awak tak pernah marah saya... awak tak pernah jemu nasihatkan saya. Masa awak balik Labis, saya sedih sangat. Awak kata nak balik sekejap je. Awak kat Labis, hari-hari saya telefon awk. Kak yang selalu angkat phne saya. Kak yang tak pernah marah dan tak pernah halang hubungan kita. Ibu awak memang baik.
Awak ingat tak janji awak dulu? Awak tinggalkan saya sebelum awak tunaikan janji awak. Masa tu saya usaha betul-betul supaya awak boleh tunaikan janji awk. Tapi lepas saya berjaya dapatkan apa yang awak nak saya buat, awak tinggalkan saya. awak ingat lagi tak saya menangis? Awak pujuk saya, tapi saya tetap menangis. Awak pun menangis jugak masa tu. Kadang-kadang saya fikir ni semua cinta monyet. Saya respect pada awak. Saya kenal awak sejak saya kecil lagi. Dan seingat saya, awak tak pernah marah saya. Masa kita bersama dulu pun, awak tak pernah marah saya. Tinggi suara pun tak pernah. Alangkah bertuahnya tunang awak sekarang ni. Masa awak tinggalkan saya pun awak masih lembut pada saya. awak tetap sabar walaupun kena maki dengan saya. perpisahan dengan awak satu yang sedih, tapi saya cepat pulih. Dan kita masih terus berkawan walaupun dah berpisah.
Awak, saya dah dewasa sekarang awak. Ingat lagi janji saya pada awak? Saya dah buktikan saya masuk ke universiti. Awak mesti bangga dengan saya kan? Tapi awak tak pernah ucah tahniah pada saya. Sebelum awak bertunang, saya ingat lagi awak ada ajak saya keluar. Tapi saya tolak pelawaan awak tu. Masa tu saya dah bersama orang lain. Awak tahukan saya setia? Saya mintak maaf awak. Tapi sekarang, awak dah pun bertunang. Tahniah awak. Bila awak nak kahwin? Kalau awak kahwin, saya tak tahu la nak datang ke tidak. Kalau saya kahwin, awak datang rumah saya tak? Awak, cinta datang dan pergi dalam hidup saya. Tak semuanya indah seperti apa yang awak lihat. Awak ingat lagi tak bila saya keluar dengan Yan? Awak marah Yan dan awak marah saya. Awak cakap dengan Yan, awak abang saya. Saya tak tahu kenapa awak buat macam tu. Mungkin sebab awak risau saya berkawan dengan Yan. Awak, sekejap je awak boleh jaga saya, boleh lindung saya. Bila awak dah balik Kl, tak ada sape nak jaga sy. Awak, saya tak tahu kenapa sekarang ni saya sedih sangat awak. Saya nak luahkan pada awak, tapi saya pun tak tahu macam mana. Saya ada cuba sms awak dulu, tapi awak dah tukar nombor lain. Awak, ingat tak masa kita jumpa kat kedai mamak tahun lepas? Awak hulur tangan dan salam saya. saya cakap awak sombong. Tapi awak senyum je. Lepas saya balik, awak msg saya. awak cakap bukan sombong, tapi awak malu dengan keluarga saya. Awak, kenapa semua ni berlaku pada kita? Kenapa semua orang yang saya sayang nak tinggalkan saya awak?
Awak, saya dah tak tahu nak tulis apa lagi dalam warkah ni. Saya pun tak pasti awak dapat baca ke tak warkah ni. Kalau awak baca, saya tak ada niatpun nak sakitkan hati awak. Ini Cuma luahan hati saya. Awak, saya doakan awak bahagai dengan tunang awak. Semoga hubungan awak dengan dia berkekalan. Awak, saya nak mintak maaf bagi pihak emak saya. Maafkan emak saya awak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan