PERANAN MUZIK by:Irman Fazly Bin Ya’kub
Muzik sebagai alat hiburan
Gabungan pelbagai muzik seperti daripada genre “Rock”,”Jazz”,”classical”,”Hip-Hop”,”pop” dan sebagainya dapat menghilangkan kebosanan dan menenangkan fikiran manusia merentas pelbagai peringkat umur. Ini dapat dinyatakan bahawa, ketika kita didalam keadaan sedih,kecewa ataupun dilamun cinta, fikiran kita akan mengelamun disamping mendengar lagu2 yang mengasyikkan. Begitu juga jika perwatakan kita yang besemangat dan bersungguh-sungguh, halwa telinga kita mendengar track-track lagu “Rocks’, menjadikan kita lebih bertenaga.
Muzik sebagai madah menaikkan semangat patriotisme dan nationalisme
Semangat nasionalisme dan cinta kepada Negara dapat dibina menerusi lagu patriotic seperti ‘Negaraku’ dimana liriknya berbaur semangat cintakan tanahair dan kasih kita terhadap bangsa,agama dan Negara kita. Ia adalah penting, menerusi semangat inilah, bangsa Malaysia akan terus dipandang di mata dunia seterusnya membawa kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
Muzik sebagai nasihat dan pengajaran
Lagu-lagu lama seperti keroncong, dondang sayang banyak memberikan kita input yang berguna didalam bentuk pantun nasihat yang dinyatakan secara halus dan berseni, Juga lagu-lagu dendangan bands-bands ‘Rock Kapak’ seperti ‘Wings’,’Rusty Blade’ dan ‘Lefthanded’ didalam lagu2 mereka mengandungi unsure-unsur nasihat dan pegangan supaya kita menjauhi najis dadah walaupun dipersembahkan didalam muzik yang keras iaitu ‘Rock’.
Muzik sebagai punca rezaki
Ekonomi Negara mungkin berkembang dengan pertumbuhan industri hiburan seperti muzik, dimana ia menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan yang menaikkan imej Negara di mata dunia, justeru menghasilkan sumber pendapatan. Peluang pekerjaan dapat diadakan seperti contoh : pemuzik, composer, jututeknik, jururakam, pengedar muzik dan berbagai lagi.
Muzik sebagai perantaraan dalam sesuatu upacara tradisional dan adat2 tertentu
Dalam masyarakat kita, peranan muzik didalam majlis2 kenduri-kendara seperti kompang, digunakan begitu juga kepada kaum2 lain seperti kaum cina menggunakan paluan gendang didalam sesebuah majlis dan istiadat, juga terhadap kaum2 lain seperti kaum India, kaum Punjabi dan sebagainya.
Prsoalannya sekarang, perkembangan muzik didalam Malaysia tidaklah seindah yang disangka. Ini kerana jika fokuskan kepada industri muzik komersil (bukan bersifat tradisional), nampak gayanya kemunculan kumpulan2 muzik yang tanpa arah, tanpa pegangan yang entah dari mana munculnya (kebanyakkannya berunsurkan ‘pop’) mewarnai industri hiburan komersial tanahair. Dengan bantuan dan publisiti yang begitu murah yang telah diberikan oleh segelintir kumpulan media massa, mereka2 ini dapat mengaut keuntungan walaupun tidak berapa banyak tetapi sudah cukup memberikan kepuasan kepada pihak2 ini untuk sama2 meng’komersial’kan diri masing2 didalam arus hiburan tanahair. Akan tetapi, langit tidak selalunya mendung, akan redup juga didalam kabusan malam, kumpulan2 pemuzik yang ‘dikomersialkan’ ini akan karam seperti karamnya kapal dilautan jika tiada lagi sengat dan gaya yang mengancam seperti diwaktu kegemilangan mereka2 ini dahulu. Barulah, mereka2 ini sedar bahawa pemuzik jika tiada asas muzik, ataupun tiada ke’kreatif’an dalam bermain muzik akan terus terkapai2, hanya bergantung harap kepada sumbangan lagu2 dari komposer2.
MASIH RELEVANKAH PENDENGAR MUZIK DI MALAYSIA ??
tanx a lot...blog awk byk membantu sy wt esei
BalasPadamesei ape ek? ni cuma blog photo jek...
BalasPadamesei mengenai Ucapan bahasa melayu kerja khusus bagi pelajar stpm sem2
Padamhaa betOi blOg ny byk infO sal pranan muzik . .
BalasPadamsO dpt wt esei B.M ny . .
hehehe sama lah
Padamdamn
BalasPadamson
Padam