Rasanya terlalu lama aku leka dan tidak update blog aku. Sorry sebab lately ni aku busy sangat. Busy dengan tugasan yang perlu dihantar. Hari ini lepas balik kelas Dr. Nasir, aku kemas bilik aku. Habis aku kemas semua. Semasa aku kemas-kemas bilik dan barang-barang aku, baru aku sedar satu tabiat aku. Aku suka beli kasut dan beg. Baru aku perasan yang ini adalah tabiat aku. Tabiat atau hobi? mungkin hobi adalah lebih sesuai untuk aku cerita pasal kasut dan beg yang aku kumpul.
Semasa mengemas tadi ada lebih kurang sepuluh pasang kasut yang aku ada. Rasanya ia satu pembaziran atau tidak? Bergantung kepada persepsi orang lain kepada diri aku. Pada aku, ia merupakan satu kepuasan untuk aku. Rasanya adalah tidak membazir untuk aku beli kasut-kasut tu sebab semua kasut yang aku beli akan aku pakai setiap hari ke kelas.
Beg pun begitu juga. Baru aku perasan yang aku juga ada beberapa buah beg. Tapi beg aku special sikit. Ada yang aku beli di pasar karat, bundle, supermarket dan butik. Kesemua beg yang ada ni pun meninggalkan nilai sentimental yang tersendiri...
Antara kasut yang baru dibeli
Prada ni dapat kat pasar karat RM1O je... believe it....
Gucci ni dapat kat bundle... pun RM 10 jugak
Yang ni paling aku sayang la... =)
Perfume... banyak yang dah habis...
Selain beg ada jugak benda lain yang aku terkumpul secara tidak perasan... hehehe... seperti minyak wangi, paper bag, wallet dan sebagainya. Rasanya tak salah kalau kita beli sesuatu kalau kita benar-benar menggunakan apa yang telah kita beli =)
Kesimpulannya kadangkala tidak tidak sedar apa hobi yang kita ada dan tidak mengawalnya dengan baik. Jadi teruskan hobi kita dengan bijak tanpa pembaziran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan