Hampir 5 tahun sudah perjalanan blog ini. Banyak perkongsian suka dan duka telah dikongsi di sini. Namun sedayanya perjalanan blog ini tidak akan pernah berhenti walau sesibuk mana pun aku. Blog ini menjadi saksi lakaran perjalanan hidup aku dari zaman bujang dan kini sudah berumahtangga. Kelak ada anak jua. Indahnya kehidupan. mujur ada blog ini. sekurang kurangnya banyak kenangan yang tidak akan ku lupa bila kembali kepada blog ini...
Isnin, 9 Februari 2009
Balik Kampung...
Aku baru je sampai kat Tg.Malim... Penatnya jangan cakap la. Sangat penat. Huh! Tapi aku puas sangat sebab aku dapat balik kampung. Walaupun banyak duit habis balik kampung, daripada aku merayap tak tentu pasal, baik aku balik kampung. Dapat gak jumpe dengan mak, abah n Darwish Iman... Rindunya kat Darwish. Aku balik kampung dengan Iman, Kebetulan dia nak ke Batu Pahat jumpe dengan kawan dia. Ada gak kawan aku balik kampung. Aku balik hari khamis petang sebab hari jumaat takde kelas. Hari Isnin pulak cuti Thaipusam. Tu yang aku nekad gak nak balik kampung. Duduk Tg. Malim pun bukan ada pape pun. Aku ingatkan nak gi Shah Alam umah abg man, tapi abg man gi holiday plak kat kuantan. Hurm.. sepanjang cuti, takde pape aktiviti menarik. Cuma aku pergi ke Teluk Danga atau lebih dikenali sebagai Danga Bay Johor Bharu... Tempatnya memang cantik sesuai untuk keluarga beriadah di hujung minggu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan