Ok, cerita pasal jogging aku dapat lari dua round kat sana. seronok... Hope esok ku leh jogging lagi... ni gambar ambik pakai HP je, so tak bape cantik la...



Hampir 5 tahun sudah perjalanan blog ini. Banyak perkongsian suka dan duka telah dikongsi di sini. Namun sedayanya perjalanan blog ini tidak akan pernah berhenti walau sesibuk mana pun aku. Blog ini menjadi saksi lakaran perjalanan hidup aku dari zaman bujang dan kini sudah berumahtangga. Kelak ada anak jua. Indahnya kehidupan. mujur ada blog ini. sekurang kurangnya banyak kenangan yang tidak akan ku lupa bila kembali kepada blog ini...
Selain beg ada jugak benda lain yang aku terkumpul secara tidak perasan... hehehe... seperti minyak wangi, paper bag, wallet dan sebagainya. Rasanya tak salah kalau kita beli sesuatu kalau kita benar-benar menggunakan apa yang telah kita beli =)
Kesimpulannya kadangkala tidak tidak sedar apa hobi yang kita ada dan tidak mengawalnya dengan baik. Jadi teruskan hobi kita dengan bijak tanpa pembaziran.
PERANAN MUZIK by:Irman Fazly Bin Ya’kub
Muzik sebagai alat hiburan
Gabungan pelbagai muzik seperti daripada genre “Rock”,”Jazz”,”classical”,”Hip-Hop”,”pop” dan sebagainya dapat menghilangkan kebosanan dan menenangkan fikiran manusia merentas pelbagai peringkat umur. Ini dapat dinyatakan bahawa, ketika kita didalam keadaan sedih,kecewa ataupun dilamun cinta, fikiran kita akan mengelamun disamping mendengar lagu2 yang mengasyikkan. Begitu juga jika perwatakan kita yang besemangat dan bersungguh-sungguh, halwa telinga kita mendengar track-track lagu “Rocks’, menjadikan kita lebih bertenaga.
Muzik sebagai madah menaikkan semangat patriotisme dan nationalisme
Semangat nasionalisme dan cinta kepada Negara dapat dibina menerusi lagu patriotic seperti ‘Negaraku’ dimana liriknya berbaur semangat cintakan tanahair dan kasih kita terhadap bangsa,agama dan Negara kita. Ia adalah penting, menerusi semangat inilah, bangsa Malaysia akan terus dipandang di mata dunia seterusnya membawa kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
Muzik sebagai nasihat dan pengajaran
Lagu-lagu lama seperti keroncong, dondang sayang banyak memberikan kita input yang berguna didalam bentuk pantun nasihat yang dinyatakan secara halus dan berseni, Juga lagu-lagu dendangan bands-bands ‘Rock Kapak’ seperti ‘Wings’,’Rusty Blade’ dan ‘Lefthanded’ didalam lagu2 mereka mengandungi unsure-unsur nasihat dan pegangan supaya kita menjauhi najis dadah walaupun dipersembahkan didalam muzik yang keras iaitu ‘Rock’.
Muzik sebagai punca rezaki
Ekonomi Negara mungkin berkembang dengan pertumbuhan industri hiburan seperti muzik, dimana ia menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan yang menaikkan imej Negara di mata dunia, justeru menghasilkan sumber pendapatan. Peluang pekerjaan dapat diadakan seperti contoh : pemuzik, composer, jututeknik, jururakam, pengedar muzik dan berbagai lagi.
Muzik sebagai perantaraan dalam sesuatu upacara tradisional dan adat2 tertentu
Dalam masyarakat kita, peranan muzik didalam majlis2 kenduri-kendara seperti kompang, digunakan begitu juga kepada kaum2 lain seperti kaum cina menggunakan paluan gendang didalam sesebuah majlis dan istiadat, juga terhadap kaum2 lain seperti kaum India, kaum Punjabi dan sebagainya.
Prsoalannya sekarang, perkembangan muzik didalam Malaysia tidaklah seindah yang disangka. Ini kerana jika fokuskan kepada industri muzik komersil (bukan bersifat tradisional), nampak gayanya kemunculan kumpulan2 muzik yang tanpa arah, tanpa pegangan yang entah dari mana munculnya (kebanyakkannya berunsurkan ‘pop’) mewarnai industri hiburan komersial tanahair. Dengan bantuan dan publisiti yang begitu murah yang telah diberikan oleh segelintir kumpulan media massa, mereka2 ini dapat mengaut keuntungan walaupun tidak berapa banyak tetapi sudah cukup memberikan kepuasan kepada pihak2 ini untuk sama2 meng’komersial’kan diri masing2 didalam arus hiburan tanahair. Akan tetapi, langit tidak selalunya mendung, akan redup juga didalam kabusan malam, kumpulan2 pemuzik yang ‘dikomersialkan’ ini akan karam seperti karamnya kapal dilautan jika tiada lagi sengat dan gaya yang mengancam seperti diwaktu kegemilangan mereka2 ini dahulu. Barulah, mereka2 ini sedar bahawa pemuzik jika tiada asas muzik, ataupun tiada ke’kreatif’an dalam bermain muzik akan terus terkapai2, hanya bergantung harap kepada sumbangan lagu2 dari komposer2.
MASIH RELEVANKAH PENDENGAR MUZIK DI MALAYSIA ??
En.Aziz pensyarah pengurusan kaunseling aku mintak supaya kami buat sesuatu yang lain daripada yang lain dalam blog. Sepanjang masa aku dok fikir apa yang patut aku letak. Hurm... hari ni aku dapat idea nak letak mutiara kata atau kata2 tokoh atau kata-kata motivasi dalam blog aku pada setiap hari. Jadi kata-kata yang aku letak tu aku akan bagi sedikit penerangan. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sehari satu mutiara kata, sebulan dah ada 30... setahun dah ada 365 mutiara kata... tu pun kalau aku selalu update la blog aku ni. Aku harap mutiara kata yang aku bagi setiap hari dapat digunakan sebagai pegangan dan renungan kita semua.
Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita. Agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri….