Rabu, 21 Januari 2009

Muzik baru Malaysia....

Wo.... hellop... oppss... assalamualaikum... lupe plak nak bagi salam... hehehe... sori ye. Hari ni aku nak cerita sikit pasal muzik. There is a lots of genre we could listen too. Sebenarnya muzik memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. Muzik dapat memberikan ketenangan, mengurangkan ketegangan, memberikan kepuasan kepada kita. Jika kita mendengar muzik yang slow biasanya dapat memberikan ketenangan kepada kita. Contoh jika kita mendengar muzik instrument seperti biola. Terdapat juga muzik yang dapat mengurangkan ketegangan kita. Terdapat manusia yang menyalurkan ketegangan mereka melalui muzik. Contohnya saya sendiri akan menyanyi dan mendengar lagu untuk mengurangkan ketegangan dan kesedihan dalam hidup saya. Contoh lagu yang benar-benar dapat mengurangkan ketegangan saya lagu Kesal nyanyian Ella ratu rock Malaysia. huh! memang layan beb. Try la.
Tapi muzik juga membawa kesan negatif jika kita terlalu mengikutkan perassan. Contoh peminat-peminat muzik metal yang terlalu taksub dengan muzik tersebut sehingga terikut dengan budaya metal. Mendengar muzik metal adalah tidak salah namun jangan sampai terpengaruh dengan budaya yang diamalkan oleh kumpulan muzik tersebut. Selain itu, muzik juga mempengaruhi emosi kita. Contohnya saya sendiri kadangkala apabila mendengar lagu yang berentak perlahan dan apabila saya menghayati lagu tersebut boleh membuatkan air mata gugur. Malunya... ini merupakan pendedahan kendiri.. hahaha..
Pada saya tidak salah kalau kita menangis. Saya juga kerap menangis. Menangis juga dapat mengurangkan ketegangan saya. Ok, kita berbalik semula pada topik kita pasal Muzik. Macam saya suka dengar muzik baru Malaysia. Muzik baru Malaysia lebih dikenali dengan Indie. Sekarang pun dah banyak band-band indie kat Malaysia contonhya macam Hujan, Meet Uncle Husien, Bunkface and macam-macam lagi lah. Memang ada yang tak boleh layan lagu-lagu macam ni. Tapi muzik macam ni lah yang digemari oleh remaja zaman sekarang. Jadi, saya terfikir bahawa muzik juga saya boleh mendekatkan diri dengan pelajar dan remaja zaman sekarang. Pada saya mendekatkan diri dengan Muzik adalah tidak salah.
Jadi cuba-cuba la dengan lagu-lagu indie tempatan supaya kita tidak ketinggalan dan perlu seiring dengan apa yang didengar oleh remaja zaman sekarang.
Antara lagu indie yang best lagu-lagu band hujan. Saya mempunyai banyak koleksi lagu-lagu indie. Siapa yang berminat boleh la ym saya di munira.kirana@yahoo.com
ok kat bawah ni ada salah satu lagu indie yang saya sangat suka. Enjoy...



Gratisan Musik


2 ulasan: