Jumaat, 23 Januari 2009

Aku mengamuk dekat _ _ _ _

Hari ni aku betol-betol marah sangat. Paip sink rumah aku bocor. Air meleleh kat lantai. Budak rumah aku report kat management _ _ _ _, sebuah syarikat yang membina kolej dan rumah sewa untuk pelajar-pelajar UPSI. Mula-mula budak rumah aku ke sana untuk membuat report. Then salah seorang keranai di sana mengatakan kami tidak membayar sewa rumah. Padahal kami telah menjelaskan ke semua sewa rumah kami. Dan kerani tersebut mengatakan yang dia tidak akan memperbaiki paip rumah kami selagi kami tidak membayar sewa. Jadi saya sangat marah. Kami seisi rumah berpakat fotostate semua resit bayaran sewa yang telah kami jelaskan. Aku marah sebab rimas dengan keadaan dapur yang basah dek kerana kebocoran paip. So lepas solat jumaat aku dan budak2 rumah aku pergi ke pejabat _ _ _ _ untuk menyerang mereka. Hihihi aku memang gengster... Bukan apa aku cuma nak mempertahankan hak aku sebagai penyewa rumah. Aku marah sebab mereka tak jaga kebajikan rumah kitaorg. Sebelum ni paip tu ada gak bocor tapi kitaorang usaha untuk repair sendiri. Tapi kali ni dah agak nazak la paip tu, sebab tu la kami nak buat report. Aku memang susah sikit nak kawal emosi. So bila aku sound kerani tu, memang nampak sangat aku tengah marah. Bila aku marah dia pun naik marah gak. Dia boleh sound aku yang aku ni 'cikgu' tak patut. Pada aku cikgu pun perasaan marah jugak. Kawan aku dah datang dengan cara baik, tapi dia tuduh diaorang tak bayar sewa. Aku rasa kalau korang kat tempat aku pun marah. Tapi aku pun mengaku yang aku salah sebab kemarahan aku sangat ketara. Ok, aku try cooldown then settla dengan kerani tu, dia suruh aku jumpa maintainence. Yang aku panas maintainence cakap dia banyak kerja. Aku tengok dia boleh pulak duduk2 dekat office tu borak2. Panas la aku. Bukan susah pun nak repair paip umah aku ni. tak sampai sejam pun aku rasa. Alasan dia banyak kerja... kawan aku cakap pagi tadi pun dia duduk melepak je kat office tu. kalau dia banyak kerja tentulah dia tak duduk kat office tu, melanguk jek. Benggang betol aku. Dia cakap dengan kawan aku pagi tadi paling awal dia akan datang dua minggu lagi. aku naik bengang macam tu. Kenapa perlu bertangguh? Apa salahnya dia datang terus repair paip rumah aku ni. ada ke patut dia bagi alasan kat kawan aku dia cakap tak payah masak, beli jek kat luar. kalau ikot hati aku nak je aku report dengan bos besar. tapi aku tak de la sampai macam tu. aku kenal maintainence ni. aku tengok dia takde la sibuk sangat. sebab dia selalu je ada kat kedai bawah rumah aku ni. boleh je dia lepak-lepak kat situ. peh panasnya. tadi dia kata dia akan buat masa cuti CNY. hope dia buat la. kalau dia tak nak buat dia bagi tau la kitaorang. kitaorang boleh panggil tukang paip untuk repair paip rumah kitaorang ni.
Aku mengaku aku pun salah sebab terlalu emosi. Tapi kalau aku tak buat macam tu, diaorang pijak kepala. so macam mana aku nak control marah aku????

3 ulasan:

  1. muni... kalau ngan kerani kat pejabat dot dot dot tu tak yah bagi muka..... mmg takde etika n perasaan... dia kena bg sebiji penumbuk n sedas bidasan.... baru terkedu.....

    teringat kenangan menyound kerani tu huhuhu..... sama jer ayat dia..."awk cikgu n tak patut marah tp cakap elok2....." aku ckp tue dah habis elok, kalau betul2 marah, kapak naik kat kepala cik.....

    BalasPadam
  2. mrh nmpk..haha..da baiki da..diorg dtg ari khamis ari tuh..ngee!!~

    BalasPadam
  3. Erk....
    Bakar Je Pejabat Dorang...HaHa..
    Ganaz Ganaz...

    BalasPadam