Sabtu, 31 Januari 2009

NIGHT AT PUTRAJAYA

30 Januari 2009, Jumaat....
Hari ni aku balik Tanjung Malim. Aku balik sebab hari Isnin pagi aku kena bagi ceramah dalam kelas En. Aziz. So kena la prepare sikit2.
Dalam perjalanan balik ke Tanjung Malim aku singgah ke rumah sepupu aku dekat Putrajaya. Kebetulan auntie aku ada kat sana. Tapi sepupu aku takde kat rumah, dia gi Italy dgn suami dia... bestnyer....
Ini merupakan kali kedua aku datang ke rumah sepupu aku ni. Rumah dia memang cantik. Murah rezeki dia...
Makcik aku jamu makan2....
Ok balik dari rumah sepupu dia, aku pergi jenjalan kat Putrajaya. Pergi pusing2 kat masjid. Memang seronok sangat tgok lampu dekat putrajaya. Terpegun aku tgok pembangunan kat sana. bangunan kat sana cantik2. cukup berseni...

Macam pandai main je...

Aku, Ros n Zati...

Aku berlatarkan masjid Putrajaya...

Neon Masjid Putrajaya

Kami dan anak sepupuku, Julia...


aku dengan auntie aku...

Hidangan sudah siap...




Rabu, 28 Januari 2009

HARI MENJELANG USIA 27 JANUARI...








27 JANUARI 2009
Hari ni genap umur aku 23 tahun....
Semakin hari semakin meningkat usia aku...
Aku harap aku semakin matang...
Aku harap aku jumpa apa yang aku cari selama ini...
Doakan aku...

Thanks kat wan sebab belanja aku makan...
seronok gila malam tu...
thanks gak kat izzati...
gonna miss this moment xpecially kat ff...
haha..
kelakarkan...
Nanti kita naik top gun dekat GH...






CHILL OUT

UANG INDO

TEMPURA...

KUEH TIEW

BUBUR HOKIEN

CHEESE CAKE...

APIZ N NAZ

DR. ZAWANI
IZZATI


AZRIN

26 Januari 2009 aku kuar lepak-lepak dengan ex classmate aku masa sekolah menengah dulu. Takde la ramai sangat pun, dalam 6 orang termasuk aku. Izzati, Wani, Naz, Apiz n Azrin. 1st skali aktiviti kitaorg mesti lah pergi kelas vokal... Mula-mula kitaorang run 1 jam then tambah lagi sejam. Memang seronok la. Walaupun suara kitaorang tak sedap, tapi memang puas lah sebab pada aku boleh releasekan tension.
Then agenda kedua kitaorang macam biasa la, makan besar.... hehehe... gi tempat biasa la. Tempat kitaorang selalu lepak, MK summit. Mk summit ni satu keistimewaan dia boleh dengar band nyanyi secara live. Suara diaorg peh, memang mantaplah. Makanan diaorg mmg sedap-sedap....
Tapi ni bukan persoalannya. Aku nak kongsi dengan pembaca semua pasal kawan-kawan aku. 1st sekali aku nak serita pasal Naz. Nama penuh dia Nazri. Dia bekas pelajar Uitm S.Alam. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah. Dulu masa sekolah dia memang pandai. Lepas PMR, dia masuk MRSM, then lepas SPM masuk Matrik n terus ke UITM. Alhamdulillah sekarang Naz dah kerja dekal KL. Dia cakap office dia dekat je dengan KLCC...
OK, Apiz plak dah tamat belajar, sekarang dah keje sebagai pembantu perubatan dekat Gombak. Azrin pun macam tu jugak. Cuma aku tak tahu detail pasal diaorang ni. hehehe...
Ok, next aku nak cerita pasal best fren aku pulak, Izzati. Izzati dah hbis belajar. Pemegang ijazah sarjana muda sains sekitaran. Ok, sekarang tengah usaha memcari kerja dan dalam perancangan menyambung Master. Aku doakan kau berjaya. Apa pun yang kau buat, aku tetap sokong.

Ok, Wani pulak masih belajar lagi di Makasar, Indonesia pelajar perubatan. Insyaallah akan bergelar doktor dalam masa tiga tahun lagi.

Aku pulak bakal cikgu kaunselor. hehehe...

Miss u all.. ti kita jumpa lagi k.






Jumaat, 23 Januari 2009

Aku mengamuk dekat _ _ _ _

Hari ni aku betol-betol marah sangat. Paip sink rumah aku bocor. Air meleleh kat lantai. Budak rumah aku report kat management _ _ _ _, sebuah syarikat yang membina kolej dan rumah sewa untuk pelajar-pelajar UPSI. Mula-mula budak rumah aku ke sana untuk membuat report. Then salah seorang keranai di sana mengatakan kami tidak membayar sewa rumah. Padahal kami telah menjelaskan ke semua sewa rumah kami. Dan kerani tersebut mengatakan yang dia tidak akan memperbaiki paip rumah kami selagi kami tidak membayar sewa. Jadi saya sangat marah. Kami seisi rumah berpakat fotostate semua resit bayaran sewa yang telah kami jelaskan. Aku marah sebab rimas dengan keadaan dapur yang basah dek kerana kebocoran paip. So lepas solat jumaat aku dan budak2 rumah aku pergi ke pejabat _ _ _ _ untuk menyerang mereka. Hihihi aku memang gengster... Bukan apa aku cuma nak mempertahankan hak aku sebagai penyewa rumah. Aku marah sebab mereka tak jaga kebajikan rumah kitaorg. Sebelum ni paip tu ada gak bocor tapi kitaorang usaha untuk repair sendiri. Tapi kali ni dah agak nazak la paip tu, sebab tu la kami nak buat report. Aku memang susah sikit nak kawal emosi. So bila aku sound kerani tu, memang nampak sangat aku tengah marah. Bila aku marah dia pun naik marah gak. Dia boleh sound aku yang aku ni 'cikgu' tak patut. Pada aku cikgu pun perasaan marah jugak. Kawan aku dah datang dengan cara baik, tapi dia tuduh diaorang tak bayar sewa. Aku rasa kalau korang kat tempat aku pun marah. Tapi aku pun mengaku yang aku salah sebab kemarahan aku sangat ketara. Ok, aku try cooldown then settla dengan kerani tu, dia suruh aku jumpa maintainence. Yang aku panas maintainence cakap dia banyak kerja. Aku tengok dia boleh pulak duduk2 dekat office tu borak2. Panas la aku. Bukan susah pun nak repair paip umah aku ni. tak sampai sejam pun aku rasa. Alasan dia banyak kerja... kawan aku cakap pagi tadi pun dia duduk melepak je kat office tu. kalau dia banyak kerja tentulah dia tak duduk kat office tu, melanguk jek. Benggang betol aku. Dia cakap dengan kawan aku pagi tadi paling awal dia akan datang dua minggu lagi. aku naik bengang macam tu. Kenapa perlu bertangguh? Apa salahnya dia datang terus repair paip rumah aku ni. ada ke patut dia bagi alasan kat kawan aku dia cakap tak payah masak, beli jek kat luar. kalau ikot hati aku nak je aku report dengan bos besar. tapi aku tak de la sampai macam tu. aku kenal maintainence ni. aku tengok dia takde la sibuk sangat. sebab dia selalu je ada kat kedai bawah rumah aku ni. boleh je dia lepak-lepak kat situ. peh panasnya. tadi dia kata dia akan buat masa cuti CNY. hope dia buat la. kalau dia tak nak buat dia bagi tau la kitaorang. kitaorang boleh panggil tukang paip untuk repair paip rumah kitaorang ni.
Aku mengaku aku pun salah sebab terlalu emosi. Tapi kalau aku tak buat macam tu, diaorang pijak kepala. so macam mana aku nak control marah aku????

Khamis, 22 Januari 2009

AKU RINDU MEREKA SEMUA...


Mohd Darwish Ima
Mohd Danish Azfar, Mohd Danial Afiq dan Mohd Darwish Iman... semua adik beradik. lainkan muka mereka..


Damiana Alya

Damian Affat

Aku tak sabar nak balik kampung CNY ni nak jumpe anak-anak buah aku nie. Seronok tengok keletah mereka.... Diorang panggil aku Acu. huhuhu... Jangan la gelakkan aku...



Hari ini aku surf internet. Tak ada pape pun yang menarik. Tapi aku terbaca sebuah sajak pasal persahabatan. Aku biasa gak baca sajak. Tapi sajak yang ni lain sikit. Buat aku tersentuh. Mungkin sajak ni terkena pada aku. Tajuk sajak ni erti persahabatan. Jom kita sama-sama hayati sajak ni...

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat,begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu…. Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu….. RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie) Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Macam mana? tersentuhkan... masa aku bace sajak ni aku tahan jek air mata aku... huhu... saat mcm ni aku teringat kat best fren aku kat kampung. Tak sabar lak nak balik kampung and jumpe dia. Sebenarnya sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita. Semua benda kita boleh share dengan sahabat kita. Sahabat lebih signifikan dari kekasih. Tak semua cerita kita boleh kongsi dengan kekasih kita dan pada saya sahabat lebih memahami perasaan saya. Mungkin sebab sama jantina. Sebab itu ada orang yang tersepit antara sahabat dan kekasih. Dan ada juga yang jatuh cinta pada sahabat sendiri. Macam dalam lagu lucky dari Jason myraz n Colbie Callait...

Terima kasih Sahabat.... Aku sayang kamu semua.... sori ea yg takde pic tu.. jgn kecik ati k...
i love u so much...


Rabu, 21 Januari 2009

Muzik baru Malaysia....

Wo.... hellop... oppss... assalamualaikum... lupe plak nak bagi salam... hehehe... sori ye. Hari ni aku nak cerita sikit pasal muzik. There is a lots of genre we could listen too. Sebenarnya muzik memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. Muzik dapat memberikan ketenangan, mengurangkan ketegangan, memberikan kepuasan kepada kita. Jika kita mendengar muzik yang slow biasanya dapat memberikan ketenangan kepada kita. Contoh jika kita mendengar muzik instrument seperti biola. Terdapat juga muzik yang dapat mengurangkan ketegangan kita. Terdapat manusia yang menyalurkan ketegangan mereka melalui muzik. Contohnya saya sendiri akan menyanyi dan mendengar lagu untuk mengurangkan ketegangan dan kesedihan dalam hidup saya. Contoh lagu yang benar-benar dapat mengurangkan ketegangan saya lagu Kesal nyanyian Ella ratu rock Malaysia. huh! memang layan beb. Try la.
Tapi muzik juga membawa kesan negatif jika kita terlalu mengikutkan perassan. Contoh peminat-peminat muzik metal yang terlalu taksub dengan muzik tersebut sehingga terikut dengan budaya metal. Mendengar muzik metal adalah tidak salah namun jangan sampai terpengaruh dengan budaya yang diamalkan oleh kumpulan muzik tersebut. Selain itu, muzik juga mempengaruhi emosi kita. Contohnya saya sendiri kadangkala apabila mendengar lagu yang berentak perlahan dan apabila saya menghayati lagu tersebut boleh membuatkan air mata gugur. Malunya... ini merupakan pendedahan kendiri.. hahaha..
Pada saya tidak salah kalau kita menangis. Saya juga kerap menangis. Menangis juga dapat mengurangkan ketegangan saya. Ok, kita berbalik semula pada topik kita pasal Muzik. Macam saya suka dengar muzik baru Malaysia. Muzik baru Malaysia lebih dikenali dengan Indie. Sekarang pun dah banyak band-band indie kat Malaysia contonhya macam Hujan, Meet Uncle Husien, Bunkface and macam-macam lagi lah. Memang ada yang tak boleh layan lagu-lagu macam ni. Tapi muzik macam ni lah yang digemari oleh remaja zaman sekarang. Jadi, saya terfikir bahawa muzik juga saya boleh mendekatkan diri dengan pelajar dan remaja zaman sekarang. Pada saya mendekatkan diri dengan Muzik adalah tidak salah.
Jadi cuba-cuba la dengan lagu-lagu indie tempatan supaya kita tidak ketinggalan dan perlu seiring dengan apa yang didengar oleh remaja zaman sekarang.
Antara lagu indie yang best lagu-lagu band hujan. Saya mempunyai banyak koleksi lagu-lagu indie. Siapa yang berminat boleh la ym saya di munira.kirana@yahoo.com
ok kat bawah ni ada salah satu lagu indie yang saya sangat suka. Enjoy...



Gratisan Musik


Selasa, 20 Januari 2009

AKU DAH ADA BLOG

khusyuk belajar buat blog

Classmate aku
En. Aziz Yatim

Salam semua....
hari ni, 20 Januari jam 8-10 malam aku belajar buat blog. Terima kasih sangat dekat En. Aziz sebab guide aku and kawan-kawan aku buat blog ni. Kalau dia tak guide mayb aku langsung tak buat blog ni. Sekarang baru aku realize yang blog ni banyak kegunaannya. Hope aku dapat gunakan blog yang aku buat ni sebaik-baiknya....