Khamis, 4 Ogos 2011

Menangisnya Sang Hati



Dah hampir setahun semuanya berlalu. Kalau nak diikutkan aku pun dah boleh lupakan semua yang berlaku pada aku setahun yang lalu. Tapi fikiran dan ingatan aku terganggu semula selepas aku dapat satu masej dari x fian** aku. Hurm... bukan kata hati aku jek menangis, air mata aku pun berguguran. Malam tu teresak-esak aku menangis bila baca masej tu. Aku rasa kalau jiran sebelah dengan mesti diorang ingat pontianak.

Tapi ape yang aku rasa, masej tu betul2 mengganggu aku. Kenapa nak muncul kembali setelah setahun menyepi. Tujuan masej tu dihantar adalah untuk memohon maaf dari aku dan mak abah aku. Perlu ke dia dapat kemaafan dari kami setelah ape yang dia buat pada aku. Sebab dia aku tercampak dekat Pekan Kampar ni. Hampir 8 bulan aku merana kat sini, jauh dari family aku. Paling aku sedih bila terpaksa menyewa rumah seorang diri. Aku masih ingat lagi masa awal2 posting, hari2 aku menangis sebab terasa sunyi.

Paling sedih bila aku fikir pasal mak aku. Aku bertunang bulan 6 last year n sepatutnya aku berkahwin bulan 2 tahun ni. Mak dah buat beberapa persiapan utk majlis aku. Cadar dah beli, langsir pun dah tempah. Sebenarnya material untuk majlis nikah pun aku dah beli. Sedihkan... Aku putus tunang bulan 10. hurm... Aku pun tak tau salah siapa... Aku takda niat nak aibkan sesiapa..

Dah lama aku lupa benda ni, tapi terfikir balik. bila terfikir semula, mata dan hati pasti menangis... bersabarlah wahai hati...

22 ulasan:

  1. Kuatkan hati Kak Munira.
    Inshaallah ada hikmah apa yang ALLAH susun.
    Kita sebagai manusia mungkin tak nampak hikmahnya
    lagi.Tapi inshaallah satu hari nnt kita akan tersedar bahawa apa yang ALLAH susun untuk kita sangat cantik.
    Kuatkan hati.Banyakkan berdoa.
    Inshaallah ALLAH bagi kekuatan.
    Kuatkan semangat terus hidup.

    BalasPadam
  2. mungkin ada yang lebih baik utk kita...
    InsyaAllah.. amin...
    time kasih Fathi....
    mudah2an ramadhan kali ini memberi seribu makna buat kita semua... Amin... ;)

    BalasPadam
  3. Inshaallah jadikan Ramadhan medan untuk lebih mendekatkan diri dengan ALLAH.Inshaallah akan datang kekuatan.

    Senyum selalu :)

    BalasPadam
  4. time kasih Fathi... bila difikir semula, tak ada guna pun memikirkan perkara yang lepas yang hanya membuang masa dan mengganggu kita.. lebih baik berfikir tentang hari ini dan hari yang mendatang... ;)

    BalasPadam
  5. betul betul.
    That's a good start :)

    Bosan sangat ke Kampar? hehe.

    BalasPadam
  6. hahahaha...
    takde sedara mara kat sini...
    nak balik kampung pun jauh...

    sebenarnya rindu kat family...
    rindu kat mak...
    sepatutnya time macam ni, sebelum kahwin dekat dengan family... spent masa dgn mereka...

    tambah sedih bulan ramadan menjelma...
    tak sabar nak balik raya...
    tp kalau fikir balik, orang lain lagi jauh di perantauankan....?

    BalasPadam
  7. eh tade ah.
    tengah cuti sekarang .
    cuti musim panas 2 bulan.
    lepas raya nanti baru balik semula kesana.
    sambung lagi 2 tahun.Lepas tu inshaallah habis belajar. Tgh tak sabar nak habis belajar skang.
    Kat kampar mengajar kat sekolah mana?

    BalasPadam
  8. smk sentosa.. tau ke fathi..? wah bestnyer cuti... ;)

    BalasPadam
  9. haha.tak tahu lah.
    kalau STAR tahu lah sebab kampung dekat batu gajah.kampung lagi satu kat teluk intan.
    kampar jarang sampai.tak pernah sampai kut.

    BalasPadam
  10. star dkat kkkan... owh batu gajah pun dah dekat dah dgn kampar ni... uma fathi kat mana?

    BalasPadam
  11. eh kk eyh?
    haha iye kut.
    tapi byk pkck dan sedara mara ex star.
    umah kat gombak.
    bosan jgk cuti2 nih byk kwn kwn lain dah masuk uni.tak ada kelas ke pagi nih?

    BalasPadam
  12. kelas dah habis dah...
    tu pun kelas relief...
    tgah planning utk program selepas PMR...
    mmg mcm tu masing2 dah ada komitmen sendiri..
    ada yang dah kerja, kahwin n masih belajar...
    2 bulan ek cuti.. lama tu...

    BalasPadam
  13. oh okay lah kak munira nak keluar jap
    cari buku.bosan sangat dah nih duduk rumah.
    Selamat berpuasa. Selamat menyambut Aidilfitri.
    Hehe.Saje wish awal takut nnt lupa.
    Jaga diri dan kuatkan semangat.

    Okay bye.
    Assalamualaikum.

    BalasPadam
  14. ;(
    sabarlah kak muni
    diya ade ;)
    hidup mesti epy k
    yg lps biar lps
    ade hikmah
    ala kak muni ngetop, hot, baik
    msti ade yg lg terbaik dr ladang

    BalasPadam
  15. ayat paling best terbaik dari ladang...
    thnks deeya... insyaAllah...
    ;)

    BalasPadam
  16. sbr eyh kak..
    mungkin dia bkn org yg baik utk akak..
    perempuan yg baik akan mendpt lelaki yg baik..msti dia kurg baik sbb tu sudah tersurat begitu..skrg ni pn,dh jmpa pengganti kn..ok la tu..:)

    BalasPadam
  17. hoi fren,
    hidup ni penuh dugaan. Lagipun ala ko muda lagi. Most to most pun awal 20an. Come on CHEER UP!!!

    Meh aku cerita, ada satu blogger ni kan? dia complain la dia dah 30plus so dia was like wishing dia ada someone to take care of her kira dia nak kahwin all that sort of thing.

    So aku type la " hello...white man says life began at 40 ",
    kira macam aku nak type dont worry la about life and age and whatever shit that we face everyday. Ye la masing2 kita macam2 masalah luaran dan dalaman tuhan je yang tahu kan.

    So dia jawab balik " oi deaf, tu untuk lelaki boleh la life begins at 40, aku ni pompuan ".

    Whatever it is, I wish you the best in life dan bayar zakat whatever zakat you need to pay bulan ni, and sedekah or whatever, it will make you feel so much better.

    BalasPadam
  18. hi, i'm your silent reader all these while.
    Sangat teruja nak comment sebab kisah kita sama..
    Wake up and tuhan tu maha mengetahui..
    Setiap yang direncananya ada hikmah!
    Trust me.. he left me after 9 years realationship and 2 months before we get married.
    Merananya tuhan je yang tau.. But, tuhan bagi yang lebih baik.. i'm still alone now, but i'm so damn happy with my life now.
    Do take care ;)

    BalasPadam
  19. ya Allah, sbrkan lah hati kak munira.. semoga akak jumpa kebahagiaan disebalik semua ni. :)

    BalasPadam
  20. harap kamu tabah cik munira.
    Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

    BalasPadam