Selasa, 21 April 2009

Kisah Disebalik Yik Mun.Since1926


Kalau cakap pasal tanjung malim, orang mesti ingat pekan ini melahirkan ramai guru-guru. sebab Tanjung malim ada Universiti Pendidikan Sultan Idirs (UPSI). Pekan Tg. Malim ni kecil je. simple dan menenangkan. Sesuai untuk melahirkan pendidik.
Satu lagi daya tarikan yang ada kat Tg. Malim ni adala Yik Mun. Yik Mun merupakan sebuah kedai makan yang famous dengan paunya. Pau Yik Mun memang best. Lain dari yang lain. Pau dia lembut dan intinya pun sedap. Ada empat jemis pau yang dijual kat sini iaitu kaya, kacang, daging dan ayam. Kaya dan kacang harga dia rm1.3o sebijik manakala daging n ayam dijual pada harga rm1.60 sebijik. kalau pergi Yik Mun, saya mesti mintak air teh panas makan dengan pau. biasanya tak cukup makan sebiji pau. paling kurang dua la.
Selain pau Yik mun juga ada menu lain yang disediakan. menu kat sini lebih kepada chinese stlye. Ada juga makanan barat yang dijual seperti prawn steak, chiken chol dll tapi harga agak mahal sedikit.
Pekerja di Yik Mun kebanyakannya adalah melayu. Cuba la rasa pau Yik Mun. Pau Yik Mun juga ada dijual dalam bentuk frozen untuk dibawa balik sebagai buah tangan kepada orang yang tersayang =).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan