Isnin, 9 Mac 2009

SMKA SLIM RIVER

Pasa 6-8 Mac kumpulan aku telah mengadakan satu program di SMKA SLIM RIVER. Secara keseluruhannya kami berjaya menjalankan program ini. Program ini diadakan bertujuan untuk menaikkan lagi minat membaca di kalangan mereka. Aku rindu sangat dekat budak2 ni. Diaorang buat aku happy sangat. Sepanjang 3 hari 2 malam aku lupa semua masalah yang ada dan aku lupakan semua kerja2 yang berlambak. Mereka semua berjaya buat aku tersenyum dan mereka jugak dah buat aku menangis sebab aku sedih sangat nak tinggalkan diaorang. Rasenya macam hari2 aku nak gi SMKA SLIM RIVER tu untuk melawat diaorang semua xpecially fuza, husna, hasya, yana, hani, muaz, din, syakir, amin dan ramai lagi la... rindunya kat korang semua. Hope korang semua tak lupakan akak... Akak doakan korang semua berjaya dan jangan lupa doakan akak dapat jodoh yang baik tau. Hehehe....
Sebenarnya banyak dugaan yang kami tempuh sepanjang program ni. xpecially dengan pengurusan asrama. Pertama sekali cara kami berpakaian ditegur oleh warden. namun warden hanya menyampaikan teguran melalui guru pelatih UPSI dan ini membuatkan kami masih kabur dengan etika pakaian yang dia mahu kami pakai. Kedua adalah dari segi masa. Jadual kami clash dengan waktu makan asrama. Bila da clash, budak makan lambat, warden pun bising lagi. lagi sekali peristiwa warden marah sampai ke telinga kami semua. Namun warden tersebut tidak pernah bertegur sapa dengan kami. Aku try2 gak melemparkan senyuman dekat dia, tapi dia wat tak nampak. Malu gaknye. Itulah masalahnya, pihak warden tidak berjumpa kami sendiri untuk menyatakan soal masa makan pelajar. Jadi masalah tidak selesai. Pengarah program ada juga cuba ke Masjid dan duduk dalam kelompok warden, namun mereka tidak juga menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.
Namu secara keseluruhannya program kami berjaya. Apa yang paling best kami ambil gambar hampir 3000 keping. Nasib baik ada fotografer yang berbakat besar yang tersayang abg fazlin kita... hehehe... thanks pa... thanks for coming to tg malim indah permai ni... =) Cantik2 sangat gambar yang kami dapat. Tapi aku belom copy lagi gambar2 tu. semua kat laptop Sheeda. Takpe nanti aku dah copy aku select gambar2 yang cantik2 aku upload kat blog aku ok. Ni adalah gambar sepanjang majlis penutupan.








3 ulasan: