Jumaat, 14 Disember 2012

INAI di Hujung jari ^^

Hri ni nak buat teaser pasal inai... teaser ke ape ek...? lebih kepada testing lah... aku saja nak test inai ni. sebab inai ni auntie aku beli tahun 2009 masa dia buat umrah... aku kirim kat dia... ingatkan aku kahwin awal tahun 2010 ke ape.. rupanya tertangguh jugak smpai 2013... ;)) Syukur padaMU ya ALLAH sampai juga jodoh ku... InsyaALLAH amin...

INAI merupakan benda yang paling penting untuk mempelai... pernah ke tengok pengantin tak berinai...?? macam pelik jekkan kalau tak pakai inai... inai ni asalnya daripada budaya kaum india dan kita adaptasi dalam perkahwinan melayu.... tapi orang Arab pun suka inai tau. sebab ramai orang kirim inai dari mekah. kenapa perlu berinai masa berkahwin...??? senang jek... sebab CANTIKLAH!! tambah2 zaman sekarang ni siap boleh lukis2 lagi atas tangan sampai ke bahu ;)). aku nak lukis naga boleh tak kat tangan aku nanti..? hihi...

Pada aku inai ni simbolik untuk mereka yang baru berkahwin. bila kita nampak pasangan yg berinai mesti hati kita berdetik mengatakan mereka ni pengatin baru. ;) i nak make sure inai i tak pudar lama sikit. bila pudar jek nak touch up nanti. barulah ada feel pengantin barukan... hehehe...

cerita pasal inai teringat kawan i cerita masa dia honeymoon... dia mcm takut org2 hotel tak percaya mereka dah kahwin. jadi cara nak membuktikan mereka sudah berkahwin dengan menunjuk nunjukkan inai kat jari dia tu.. nah.. sekarang kita nampakkan kegunaan inai tu.... for me nanti nak inai yang basic dan simple... cukup di hujung jari dan bulatan di tapak tangan.. heheh.. boleh caya ke aku ni... ;)) tengok la mcm mana. ikut bajet. nak lukis inai pun mahal jugak sekarang ni. kalau rasa nak lukis jugak, nanti ari rabu i balik dari kampar i nak singgah masjid India cari orang yang pandai lukis inai. kalau boleh nak buat simple sesimplenya.... tengoklah hasil eksperimen inai saya ni... ;)


Inai Dari Mekah
kasarnya aku lukis...
Cantik tak merah dia..?
Sila abaikan kecomotan yg telah sy lakukan.. hehehe... agak merah jugakkan....?? jadi kesimpulannaya sy tak perlu beli inai lagi... inai ni pun agak lama juga kat jari sy. sudah 2 minggu masih ada lagi di jari sy. cuma warna telah pudar... Ok. sebelum tu nak share jugak gambar2 inai artis2 kita kahwin... ;)


Ayu raudah.. cantikkan.. mayb sbb dia putih..

i suka corak ni....
sangat cantik!!
sangat cantikkan..? i prefer yg ayu raudah.. cantik sangat... argghhh!! tak sabarnya nak berinai... ;)

3 ulasan:

  1. Cantiknyer Ayu Raudah nyer inai...wahhh..dh nk kawin yer..congrats yer sis..:-)

    BalasPadam
  2. Thnks kak gie.. Lmbt lagi.. Akhir januari instaAllah.. ;)

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah
    Tahniah
    Moga bahagia ke akhir hayat

    BalasPadam