Hampir 5 tahun sudah perjalanan blog ini. Banyak perkongsian suka dan duka telah dikongsi di sini. Namun sedayanya perjalanan blog ini tidak akan pernah berhenti walau sesibuk mana pun aku. Blog ini menjadi saksi lakaran perjalanan hidup aku dari zaman bujang dan kini sudah berumahtangga. Kelak ada anak jua. Indahnya kehidupan. mujur ada blog ini. sekurang kurangnya banyak kenangan yang tidak akan ku lupa bila kembali kepada blog ini...
Khamis, 4 Ogos 2011
Menangisnya Sang Hati
Dah hampir setahun semuanya berlalu. Kalau nak diikutkan aku pun dah boleh lupakan semua yang berlaku pada aku setahun yang lalu. Tapi fikiran dan ingatan aku terganggu semula selepas aku dapat satu masej dari x fian** aku. Hurm... bukan kata hati aku jek menangis, air mata aku pun berguguran. Malam tu teresak-esak aku menangis bila baca masej tu. Aku rasa kalau jiran sebelah dengan mesti diorang ingat pontianak.
Tapi ape yang aku rasa, masej tu betul2 mengganggu aku. Kenapa nak muncul kembali setelah setahun menyepi. Tujuan masej tu dihantar adalah untuk memohon maaf dari aku dan mak abah aku. Perlu ke dia dapat kemaafan dari kami setelah ape yang dia buat pada aku. Sebab dia aku tercampak dekat Pekan Kampar ni. Hampir 8 bulan aku merana kat sini, jauh dari family aku. Paling aku sedih bila terpaksa menyewa rumah seorang diri. Aku masih ingat lagi masa awal2 posting, hari2 aku menangis sebab terasa sunyi.
Paling sedih bila aku fikir pasal mak aku. Aku bertunang bulan 6 last year n sepatutnya aku berkahwin bulan 2 tahun ni. Mak dah buat beberapa persiapan utk majlis aku. Cadar dah beli, langsir pun dah tempah. Sebenarnya material untuk majlis nikah pun aku dah beli. Sedihkan... Aku putus tunang bulan 10. hurm... Aku pun tak tau salah siapa... Aku takda niat nak aibkan sesiapa..
Dah lama aku lupa benda ni, tapi terfikir balik. bila terfikir semula, mata dan hati pasti menangis... bersabarlah wahai hati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kuatkan hati Kak Munira.
BalasPadamInshaallah ada hikmah apa yang ALLAH susun.
Kita sebagai manusia mungkin tak nampak hikmahnya
lagi.Tapi inshaallah satu hari nnt kita akan tersedar bahawa apa yang ALLAH susun untuk kita sangat cantik.
Kuatkan hati.Banyakkan berdoa.
Inshaallah ALLAH bagi kekuatan.
Kuatkan semangat terus hidup.
mungkin ada yang lebih baik utk kita...
BalasPadamInsyaAllah.. amin...
time kasih Fathi....
mudah2an ramadhan kali ini memberi seribu makna buat kita semua... Amin... ;)
Inshaallah jadikan Ramadhan medan untuk lebih mendekatkan diri dengan ALLAH.Inshaallah akan datang kekuatan.
BalasPadamSenyum selalu :)
time kasih Fathi... bila difikir semula, tak ada guna pun memikirkan perkara yang lepas yang hanya membuang masa dan mengganggu kita.. lebih baik berfikir tentang hari ini dan hari yang mendatang... ;)
BalasPadambetul betul.
BalasPadamThat's a good start :)
Bosan sangat ke Kampar? hehe.
hahahaha...
BalasPadamtakde sedara mara kat sini...
nak balik kampung pun jauh...
sebenarnya rindu kat family...
rindu kat mak...
sepatutnya time macam ni, sebelum kahwin dekat dengan family... spent masa dgn mereka...
tambah sedih bulan ramadan menjelma...
tak sabar nak balik raya...
tp kalau fikir balik, orang lain lagi jauh di perantauankan....?
eh tade ah.
BalasPadamtengah cuti sekarang .
cuti musim panas 2 bulan.
lepas raya nanti baru balik semula kesana.
sambung lagi 2 tahun.Lepas tu inshaallah habis belajar. Tgh tak sabar nak habis belajar skang.
Kat kampar mengajar kat sekolah mana?
smk sentosa.. tau ke fathi..? wah bestnyer cuti... ;)
BalasPadamhaha.tak tahu lah.
BalasPadamkalau STAR tahu lah sebab kampung dekat batu gajah.kampung lagi satu kat teluk intan.
kampar jarang sampai.tak pernah sampai kut.
star dkat kkkan... owh batu gajah pun dah dekat dah dgn kampar ni... uma fathi kat mana?
BalasPadameh kk eyh?
BalasPadamhaha iye kut.
tapi byk pkck dan sedara mara ex star.
umah kat gombak.
bosan jgk cuti2 nih byk kwn kwn lain dah masuk uni.tak ada kelas ke pagi nih?
kelas dah habis dah...
BalasPadamtu pun kelas relief...
tgah planning utk program selepas PMR...
mmg mcm tu masing2 dah ada komitmen sendiri..
ada yang dah kerja, kahwin n masih belajar...
2 bulan ek cuti.. lama tu...
oh okay lah kak munira nak keluar jap
BalasPadamcari buku.bosan sangat dah nih duduk rumah.
Selamat berpuasa. Selamat menyambut Aidilfitri.
Hehe.Saje wish awal takut nnt lupa.
Jaga diri dan kuatkan semangat.
Okay bye.
Assalamualaikum.
okeh.. thnks adik ;)
BalasPadam;(
BalasPadamsabarlah kak muni
diya ade ;)
hidup mesti epy k
yg lps biar lps
ade hikmah
ala kak muni ngetop, hot, baik
msti ade yg lg terbaik dr ladang
ayat paling best terbaik dari ladang...
BalasPadamthnks deeya... insyaAllah...
;)
sbr eyh kak..
BalasPadammungkin dia bkn org yg baik utk akak..
perempuan yg baik akan mendpt lelaki yg baik..msti dia kurg baik sbb tu sudah tersurat begitu..skrg ni pn,dh jmpa pengganti kn..ok la tu..:)
hoi fren,
BalasPadamhidup ni penuh dugaan. Lagipun ala ko muda lagi. Most to most pun awal 20an. Come on CHEER UP!!!
Meh aku cerita, ada satu blogger ni kan? dia complain la dia dah 30plus so dia was like wishing dia ada someone to take care of her kira dia nak kahwin all that sort of thing.
So aku type la " hello...white man says life began at 40 ",
kira macam aku nak type dont worry la about life and age and whatever shit that we face everyday. Ye la masing2 kita macam2 masalah luaran dan dalaman tuhan je yang tahu kan.
So dia jawab balik " oi deaf, tu untuk lelaki boleh la life begins at 40, aku ni pompuan ".
Whatever it is, I wish you the best in life dan bayar zakat whatever zakat you need to pay bulan ni, and sedekah or whatever, it will make you feel so much better.
ada hikmah disebaliknya
BalasPadamhi, i'm your silent reader all these while.
BalasPadamSangat teruja nak comment sebab kisah kita sama..
Wake up and tuhan tu maha mengetahui..
Setiap yang direncananya ada hikmah!
Trust me.. he left me after 9 years realationship and 2 months before we get married.
Merananya tuhan je yang tau.. But, tuhan bagi yang lebih baik.. i'm still alone now, but i'm so damn happy with my life now.
Do take care ;)
ya Allah, sbrkan lah hati kak munira.. semoga akak jumpa kebahagiaan disebalik semua ni. :)
BalasPadamharap kamu tabah cik munira.
BalasPadamAllah tahu apa yang terbaik untuk kita.