Alhamdulillah Dzakir Nadzrin semakin membesar.. Dah masuk 2 bulan. Semoga anak mama menjadi anak yang soleh. Amin...
Hampir 5 tahun sudah perjalanan blog ini. Banyak perkongsian suka dan duka telah dikongsi di sini. Namun sedayanya perjalanan blog ini tidak akan pernah berhenti walau sesibuk mana pun aku. Blog ini menjadi saksi lakaran perjalanan hidup aku dari zaman bujang dan kini sudah berumahtangga. Kelak ada anak jua. Indahnya kehidupan. mujur ada blog ini. sekurang kurangnya banyak kenangan yang tidak akan ku lupa bila kembali kepada blog ini...
Isnin, 7 April 2014
Jumaat, 21 Februari 2014
Cinta Dzakir Nadzrin
Allah....
Allah maha besar... Masa berlalu begitu pantas... Baru jek rasa melalui keperitan tahun 2012...
Alhamdulillah 2013 datang dengan rezeki yang sangat berharga dari Allah hinggalah tahun 2014 rezeki paling besar Allah kurniakan pada aku... DZAKIR.. kurniaan indah dari Allah... Alhamdulillah...
Dah lama rasanya mma tak pegang kamera mama... Tapi sebab Dzakir mama cuba jugak. Mama berangan nak buat newborn photoshoot dengan baby. Tapi mama tak cukup props... Guna jek apa adanya... ;)
Ahad, 16 Februari 2014
Dzakir Nadzrin...
Anugerah terindah dari Allah... Sampai sekrang rasa macam mimpi dapat Dzakir... Ya Allah... Jadikanlah aku ibu yang solehah yang mampu mendidik Dzakir untuk berjaya dunia akhirat... Amin ya Allah... Mama sayang Dzakir sangat2...
Isnin, 10 Februari 2014
Newborn ;)
Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan baby boy pada 2 februari yg lepas. Bersalin secara normal. Berat baby 3.04kg... Dzakir.Nadzrin nama diberi...
Isnin, 13 Januari 2014
Belly Photo 36 Minggu
Mudah2an semuanya berjalan lancar. Amin...
Jumaat, 6 Disember 2013
Rabu, 13 November 2013
D.I.Y. Veil Sanding
so ari ni just nak share veil d.i.y saya. Saya dari awal memang berniat nak buat sendiri baju and veil. almaklumlah badan saya agak besar dan kebanyakan baju di butik pengantin berbentuk dress yang saya rasa tak sesuai untuk badan saya. jadi saya buat baju sesimple yang boleh. baju tu bukan lah saya yang jahit sendiri tapi, saya tempah di kedai jahit dan sy patchlacekan...
kalau ada baju kena la ada veilkan.. pengantin sinonim dengan veil. kalau tak pakai veil bukan pengantin la namanya... macam biasa la saya mahukan sentuhan yang simple dan cantik.
Untuk Inner dalam saya cari inner neck yang saya alter supaya selesa. owning inner tu saya jahit penuh dengan beadsdan pearl supaya nampak sentuhan mewah kat situ sebab saya nak buat veil yang simple. bila veil dan simple owning tu kena sarat sikit la. Memang dekat seminggu jugak la tempoh masa nak jahit beads tu semua.
Bagi nak tutup leher, saya beli tudung halfmoon plain je yang sesuai dengan warna. bila d.i.y ni kena tgok jugak la kesesuaian dari segi warna. kalau inner warna gelap, tudung kena cerah sikit. baru ada kontranya...
Untuk veil saya beli kain net sy beli net yang paling lembut sekali kat jekel. biasanya memang ada jual. ada orang suka pakai kain jojet. tp pada saya untuk nampak efek yg cantik lebih baik guna kain net. tp net pun ada mcm2 jenis. make sure beli yang paling lembut skali.
Veil ni saya potong bentuk 'D' ikut kepanjangan yang kita nak. macam saya tak nak terlalu panjang dan terlalu pendek. Then border lace balance saya buat baju tu saya patchkan pulak dekat veil tu bahagian atas jek. ada orang akan bubuh bahagian keliling lace.. sebab saya nak efek yang simple, keliling veil tu saya jahit macam kun... sebenarnya bukan saya pakai kun, saya pakai ribbon jek...
Last skali sy buat beberapa bunga 3d menggunakan kain lace jugak untuk di tampal di veil untuk memeriahkan lagi veil saya.
sebagai gambaran saya upload beberapa keping gambar sebagai contoh kepada B2B yang lain... selamat mencuba yek...
Selasa, 24 September 2013
Isnin, 22 Julai 2013
Selasa, 5 Mac 2013
D.I.Y bunga tangan malam nikah saya...
1st sy beli bunga ros besar.. slalunya bunga ni org buat untuk pelamin... sy beli sekuntum... then sy beli kertas renyuk2 tu.. untuk buat kudup bunga tersebu. untuk buat tangkai rosnya anda perlukan kreativiti.. basi sy sy gunakan segenggam lidi2 untuk di buat tangkai...
last skali bila bunga siap di ikat sy hiaskan dengan manik2 pearl peach pink untuk naikkan lagi seri bunga tu dan tambah ribbon.. ;)
selamat ber D.I.Y ya...
Isnin, 25 Februari 2013
Hasil owning dan veil D.I.Y saya... ;)
so inilah hasil D.I.Y owning inner dan veil saya... semuanya saya D.I.Y sendiri... dan hasilnya sangat memuaskan... cantikkan... ;)
inner tu diisnpirasikan oleh ratu D.I.Y kita Pn. Intan Norazam.. time kaseh la kat pn. Intan sebb bnyk bgi inspiras melalu blog b2b kamu ;)
so sy nak share mcm mana sy buat inner dan veil tu... senang je..
pergi jekel beli lace yg balance2... tak payah banyak... dpt o.5 meter pun cukup. biasanya balance2 lace ni dijual murah... then jangan lupa beli kain net untuk buat veil.. ada yg suka kain chiffon untuk buat veil. for me kain net lagi cantik lembut jek rasa... dan jangan lupa beli inner neck.. then beli la pearl2 nak hias inner kita.
jadi kos untuk membuat veil lebih kurang berikut :
inner neck RM 5.00
Balance lace RM 58.00
Kain net RM 30
Jadi modal untuk tudung dan veil tak sampai RM 100 pun kan...
Jadi balance lace tadi kita gunting ikut bentuk dan pacth pada inner...jangan risau akan banyak balance untuk guna masa akan datang. pastu jait pearl2 sikit...
untuk veil guna bahagian hujung lace... org selalu panggil borderlace.. mcm sy ambik border lace jahit di keliling bahagian bawah veil.. tak perlu di atas sebab inner sy sudah sarat..
dapat tak gambaran mcm mana nak buat inner dan veil mcm saya? anything for help pm sy kat fesbuk ye wahai cik2 B2B semua ;) selamat mencuba!!
Isnin, 4 Februari 2013
Khamis, 31 Januari 2013
Telah selamat di 'Puan'kan
Doakan kebahagiaan kami ye kawan2.. time kaseh....
Sabtu, 15 Disember 2012
Destinasi Cinta Pilihan
Menarikkan tajuk entry ku kali ni... pernah tengok tak cerita destinasi cinta kat astro ria... ;) semuanya tentang honeymoon... entry kali ni sy nak cerita pasala destinasi honeymoon impian saya. Impian SAYA ek bukan my D.. kalau my d dia tak kesah sangat...
OK, setiap pasangan yg dah nikah mestilah nak gi honeymoonkan....?? macam tu jugak aku...
Luar negara @ Dalam negara...?? bagi sy untuk honeymoon sy memilih di dalam negara. Kenapa..??
1. Bajet ~ Duit sudah banyak habis untuk kenduri..
2. Taknak buang masa
3. Tak nak penat
4. Malaysia pun banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi ;)
Ape yang kita faham honeymoon...?? for me honeymoon ni adalah masa untuk kita berehat selepas penat lelah membuat persiapan perkahwinan selama berbulan2...
jadi untuk apa kita bazirkan masa kita untuk perjalanan yang jauh..? makan masa yang lama..? betul tak? nama pun berehat kan? so for me lebih baik pergi yang depan tapi masa yg ada berkualiti... betul2 berehat... kalau kata nak berjalan bila2 masa pun boleh berjalankan ;))
so kat bawah ni antara destinasi honeymoon impian aku ;)
2. Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut
Ni pakej honeymoon yg ditawarkan
3 Days / 2 Nights From MYR 1,188++ per packageValid till 31st March 2013
Package deal1
- 3 days 2 nights stay in resort’s exclusive Honeymoon Room
- Daily continental breakfast in bed
- Welcome drink at Swiss Deli
- Fresh rose petals decoration with fruit basket upon arrival
- One–(1) Sunset Cruise
- One–(1) 5-course dinner2 laced with the exquisite Lover’s Mocktail
- Complimentary for the 1st night – strawberries with choc dip AND praline in room with bubble bath
- Complimentary for the 2nd night – chocolates of passion in room
- Complimentary 45 minutes of Balinese Massage for 02 adult (worth of RM150)
- Complimentary mysterious honeymoon gift
- Complimentary two-(2) bottles of drinking water daily in room
- Complimentary car park
- Complimentary scheduled shuttle service to Lumut and Manjung towns for a round of shopping
- Unlimited usage of non-motorized recreational activities3 (Archery, Beach Volleyball, Beach Soccer, Canoeing, Swimming pool, Gym & etc)
- 10% discount on any treatment above RM100 in Samsara Spa4
Cukup la 2 dulu.. penat la.. nanti sy buat 2nd entry k... ;) nantok la.. nite peeps...
If one day you realize I haven't talked to you in a while, it's not that I don't care, it's because you pushed me away and left me there. ;')
Jumaat, 14 Disember 2012
INAI di Hujung jari ^^
INAI merupakan benda yang paling penting untuk mempelai... pernah ke tengok pengantin tak berinai...?? macam pelik jekkan kalau tak pakai inai... inai ni asalnya daripada budaya kaum india dan kita adaptasi dalam perkahwinan melayu.... tapi orang Arab pun suka inai tau. sebab ramai orang kirim inai dari mekah. kenapa perlu berinai masa berkahwin...??? senang jek... sebab CANTIKLAH!! tambah2 zaman sekarang ni siap boleh lukis2 lagi atas tangan sampai ke bahu ;)). aku nak lukis naga boleh tak kat tangan aku nanti..? hihi...
Pada aku inai ni simbolik untuk mereka yang baru berkahwin. bila kita nampak pasangan yg berinai mesti hati kita berdetik mengatakan mereka ni pengatin baru. ;) i nak make sure inai i tak pudar lama sikit. bila pudar jek nak touch up nanti. barulah ada feel pengantin barukan... hehehe...
cerita pasal inai teringat kawan i cerita masa dia honeymoon... dia mcm takut org2 hotel tak percaya mereka dah kahwin. jadi cara nak membuktikan mereka sudah berkahwin dengan menunjuk nunjukkan inai kat jari dia tu.. nah.. sekarang kita nampakkan kegunaan inai tu.... for me nanti nak inai yang basic dan simple... cukup di hujung jari dan bulatan di tapak tangan.. heheh.. boleh caya ke aku ni... ;)) tengok la mcm mana. ikut bajet. nak lukis inai pun mahal jugak sekarang ni. kalau rasa nak lukis jugak, nanti ari rabu i balik dari kampar i nak singgah masjid India cari orang yang pandai lukis inai. kalau boleh nak buat simple sesimplenya.... tengoklah hasil eksperimen inai saya ni... ;)
Inai Dari Mekah |
kasarnya aku lukis... |
Cantik tak merah dia..? |
Ayu raudah.. cantikkan.. mayb sbb dia putih.. |
i suka corak ni.... |
sangat cantik!! |