Hampir 5 tahun sudah perjalanan blog ini. Banyak perkongsian suka dan duka telah dikongsi di sini. Namun sedayanya perjalanan blog ini tidak akan pernah berhenti walau sesibuk mana pun aku. Blog ini menjadi saksi lakaran perjalanan hidup aku dari zaman bujang dan kini sudah berumahtangga. Kelak ada anak jua. Indahnya kehidupan. mujur ada blog ini. sekurang kurangnya banyak kenangan yang tidak akan ku lupa bila kembali kepada blog ini...
Selasa, 9 Oktober 2012
DIY kasut kahwin ;)
teaser cikit jek...
Mesto org kata ku nak jimatkan... Hehehe.. Selain nak jimat nak merasa hasil tangan sendiri pada hari bersejarah....
Khamis, 20 September 2012
Perjalanan...
Kadangkala kita perlu berpatah balik pada perjalanan yang pernah kita lalui...
kerana laluan itu yang membawa kita ke hari ini...
laluan itu yg mencorakkan kerhidupan kita hari ini...
baik atau buruk...
itulah laluan kita...
kenapa kita perlu mengejar kelajuan atau kepantasan...
sedangkan kita tau kita takkan menghargai apa yg kita ada dengan kepantasan itu...
lebih baik kita berjalan dari menaiki tren yang meluncur laju tetapi tidak perasan akan kehadiran pelangi indah...
namun hati2 dengan langkahmu....
jangan sampai terluka atau melukakan...
kamu...
tiada salahmu pada diriku...
semakin ku benci, semakin ingat ingatanku kepadamu...
kamu...
maafkan aku...
sukar untuk ku berikan kata dua...
bukan bermaksud tamak mahupun mendua...
sekadar keliru dengan apa yg terjadi...
biarlah ku ikuti kemahuanmu...
biarlah aku berlalu pergi kerana diri ini tidak kurang sama dengan kenangan mu dulu...
aku tidak mahu menjadi bayangan kenangan mu bbg...
kamu...
jika kau tanya apa rasa ku...
rasa ku juga tiada sempadan...
kamu...
aku juga mahu kamu tahu aku ingin sekali sedih dan tawaku bersamamu...
di setiap nafasku...
kamu...
hakikat tiada istilah kebetulan...
andai bisa kita berjalan seiringan...
akulah orang paling bahagia tika itu...
jika tidak... apadalah dayamu...
kamu...
maaf... kehadiran ku bukan pinta mu...
dan aku tidak pernah pinta rasa ini....
kemanisan yg ku beri ikhlas dari hati...
tiada niatku lenyapkan cahaya ini...
maaf atas segala yang terjadi...
aku masih kabur dengan pemilik hati...
di mana hati ini harus berlabuh juga belum pasti...
dan yang pasti...
Diriku...
terlalu rindukan kenangan lalu...
terlalu sukar mentafsir ketinggian bahasa kebesaranNya...
kamu...
maafkan aku...
andai juga kamu bisa mengukur dalamnya sayangku pada...
saat ini aku terlalu rindu...
hanya itu yang mampu...
kini...
aku akan terusi apa yang ku ada...
menghargai org yang ada di sisiku...
tidak bersifat tamak dan tidak juga curangi cintamu..
di usia ini aku perlukan RUANG di hatimu...
bukan PELUANG darimu...
di saat ini aku perlukan bakal SUAMI untuk ku...
bukan KEKASIH...
di saat ini aku perlukan
Aku perlukan IMAM dalam hidupku...
bukan KETUA untul diriku...
Aku perlukan PELINDUNG untukku...
bukan PEGUAMCARA...
Layakkah aku untukmu...
aku hanya perempuan hina...
layaknya aku di tapak kakimu...
Isnin, 10 September 2012
DIY Veil...
woop!! ape itu DIY..? dulu aku pun mcm blur2 gak ape tu DIY... bila tgok blog2 B2B baru aku tau maksud DIY tu... DO IT YOURSELF!! haaa.. itulah maksudnya... dalam bm dia buat sendiri!! hihi... so untuk majlis aku ni kalau boleh semua nak diy... orang kata DIY ni jimat... tapi sebenarnya kalau tak betul2 bajet anda akan tertipu dan belanja yang anda gunakan melebihi kalau anda sewa di kedai pengantin... aku cakap bedasarkan pengalaman... pengalaman beli material untuk nikah... campur baju lelaki dekat rm500 habis... sepatutnya tak sampai la harga mcm tu.. belum kira manik lagi... kesilapan aku sebab tak buat list and tak survey2 harga dulu.. tau nak cepat jek... so pade semua b2b kira lah betul2 sebelum membeli apa2 bahan untuk diy...
ok kali ni aku nak cerita pasal veil aku. veil ni pun diy. material yang aku guna kain net. mulanya aku nak beli chiffon. tapi sales ass jakel tu cakap kain chiffon tak secantik kain net. so aku pun terpengaruh dgn dia ambik kain net. kain net yang dia syorkan tu agak mahal la. seminit rm20.50. then aku tanye dia brape meter nak kena beli untuk buat veil. dia kata satu meter setengah. bila balik aku potong sebenarnya semeter pun da cukup.. haa... kan dah jadi satu pembaziran. jangan jadi macam aku ek. korang kena survey betol2 ape yg korang kena beli brape ukuran dia semualah. ok untuk veil ni aku ada beli balance2 lace yang dijual kat jekel. balance lace ni niat aku nak buat patch lace kat baju. so aku ambik jugak sikit untuk di pacthkan kat veil aku. dan veil aku ditambah2 dengan memanik... hahaha... tapi tak siap lagi. jadi ni lebih kurang veil yang akan ku siapkan... cantik tak???
Isnin, 3 September 2012
B2B... ;)
SALAM...
Lama dah ku tak update blog aku... ape tu b2b ek? mesti korang tertanya2... malu lak hurm... takpe la nanti aku masukkan teaser supaya korang paham... ape yang paling penting nak jadi b2b ni kena ada checklist. banyak giler benda nak kena buat. dan banyak benda lagi yang aku tak buat. tarikh pun tak pilih lagi. dalam bayangan aku 17 dan november. tp masih lagi boleh diubah. yang penting bulan november jugak. untuk sampai ke bulan tu aku masih ada 2 bulan jek lagi lebih kurang. sempat ke tidak aku pun tak tahu. aku ada bagitau mak nak buat bulan februari 2013, tapi mak tak bagi. mak tak bagi lewat2kan. kena cepat2 mak kata. aku bukan apa, kalau februari banyak sikit duit boleh kumpul. dengan tak ada simpanannya. naik pening gak kepala ni fikir pasal duit ni. tapi takpe la. aku pernah dengar orang kata bila kita planning nak kahwin rezeki tu akan datang dengan mudah... hahaha... korang mesti dah dapat cluekan apa b2b. itulah jawapannya. alhamdulillah... aku pun tak sangka jugak sebenarnya. benda ni jadi terlalu cepat. dalam masa sebulan jek mcm tu.
persiapan?? hurm... kursus kahwin pun tak pergi lagi. insyaAllah dalam bulan ni jugak aku pergi. borang nikah aku dah ambik. PASANGAN jek tak ambik lagi. hihi... lagi ape ek... baju nikah dah beli material and dah hantar tempah pun. niat di hati nak DIY baju nikah aku tu. nak buat patch lace with beads... and veil pun aku DIY jugak. sama gak mcm bungan tangan nanti...nanti aku akan update perkembangannya. bukan ape. sambil berblog sambil buat checklist apa benda yang tak settle lagikan... ok rasanya cukup la dulu untuk kali ni... doakan B2B ni ye ;)
Sabtu, 16 Jun 2012
Ahad, 10 Jun 2012
Pembuka segala hari...
Penggal baru, Azam baru dan semangat baru... ;). Esok adalah permulaan hari baru bagi penggal yang ke 2 persekolahan...
rasa macam lemau jek sepanjang tahun ni... kerja2 pun banyak yang terbengkalai... mulai esok berazam untuk buat yang terbaik dalam semua urusan... tidak kira la urusan sekolah, urusan ambik2 gambar dan semuanya... tagline untuk semua ni tidak ada masa lagi untuk MAIN2.. semuanya kena pandang serious untuk kita jadi maju ke hadapan ;))
sejak dua menjak ni semangat datang lain macam sikitlah... cuma kekadang je bila teringat sesuatu benda yang menyedihkan buat kita rasa down cikit. but harap ia tak ganggu azam saya ;))InsyaALLAH...
Jumaat, 8 Jun 2012
JODOH
Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan penulis ;)
Mendapat inspirasi daripada seorang rakan bloger untuk menulis entry ini. Bukan tujuan untuk meraih simpati sekadar ingin berkongsi pengalaman diri berkaitan jodoh. Mesti ada yang tertanya dah bertemu jodoh ke cikgu murni..? Masih belum ditemui dan jodoh masih belum sampai. Tipulah jika saya katakan di saat umur begini saya tidak mahu mendirikan rumahtangga. Melihat kawan2 mula naik pelamin pun diri mula terasa sampai kadang2 lagu 'cari jodoh' berputar dalam kepala saya... hehehe... ;). Dan yang paling utama di usia 26 begini tiada masa untuk saya main2 xpecially dalam soal ini.
Pagi tadi saya terbaca status seorang rakan FB berbunyi "ALLAH TAKKAN BERIKAN APA YANG KITA MAHU TETAPI ALLAH AKAN BERIKAN APA YANG KITA PERLUKAN". Yup... kata2 ni pun sangat sesuai untuk entry saya ni. Apa yang saya mahu dan rancangkan tidak berjaya sebelum ni. dan sy percaya DIA akan berikan apa yang saya perlu bagi melengkapkan hidup saya sekarang. Bila masanya..? saya sendiri tiada jawapan. Mungkin akhir tahun, lepas raya atau 3,4 tahun yang akan datang. Hanya DIA yang tahu.
Bercinta 5 tahun pun belun tentu jadi jodoh kita, sudah bertunang pun belum tentu tunang itu jodoh kita dan kadang2 langsir kahwin sudah ditempah pun kalau takde jodoh, takde jugak. Ni pengalaman yang saya alami....
Saya kerap berseloroh dengan Mak... saya ckp dengan mak yang sy nak kahwin tahun ni jugak. tarikhnya 10.11.12 jam 9am... Dan mak akan cakap CALON pun takde sibuk nak pilih tarikh. dan saya akan jawab pada mak kita perlu ada target... ;))
Lambat atau cepat itu semua kuasa dan ketentuan ALLAH. Sebagai hamba kita hanya mampu berdoa. Mungkin jodoh kita ada di depan mata kita sahaja tanpa kita sedari. Mungkin jugak jodoh kita orang yang rapat dengan kita, sanggup berkongsi masalah dan sanggup ada dengan kita dikala suka ataupun pun duka atau mungkin jodoh kita berada berjuta batu jauhnya.... ;))
Rasa macam panjang pulak entry ni. Maaf... saya bukan pandai bermadah ataupun bercerita. Blog ni pun lebih kepada blog photo ;)... Cuma skali skala teringin juga berkongsi apa yang saya rasakan dan apa yang saya alami.... Ok ke entry saya ni...?? ;))
Rabu, 6 Jun 2012
DOA- HATI...
Tuhan,
Berikanlah- ku- bahagia...
ku- rindukan- senyum- dan- tawa- ku- tika- bahagia...
andai- derita- milikku- selamanya...
Tuhan- turunkanlah- sedikit- bahagia- buat- ku...
kerana- aku- sangat- mahu- rasakan- bahagia- itu...
Tuhan...
ku- pasti- kau- tau- isi- hatiku...
ku- pasti- kau- tau- apa- mauku- Tuhan...
Makbulkanlah- doaku- tuhan...
isikan- lah- kekosonganku- tuhan...
isilah- dalam- bentuk- apa- jua- asalkan...
kau- beri- ku- bahagia...
AMIN...
Ahad, 3 Jun 2012
Peninggalan hujan...
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku....
Ahad, 4 Mac 2012
Sabtu, 3 Disember 2011
Ahad, 13 November 2011
Selasa, 8 November 2011
Rabu, 28 September 2011
Langgan:
Catatan (Atom)








