
Dah hampir setahun semuanya berlalu. Kalau nak diikutkan aku pun dah boleh lupakan semua yang berlaku pada aku setahun yang lalu. Tapi fikiran dan ingatan aku terganggu semula selepas aku dapat satu masej dari x fian** aku. Hurm... bukan kata hati aku jek menangis, air mata aku pun berguguran. Malam tu teresak-esak aku menangis bila baca masej tu. Aku rasa kalau jiran sebelah dengan mesti diorang ingat pontianak.
Tapi ape yang aku rasa, masej tu betul2 mengganggu aku. Kenapa nak muncul kembali setelah setahun menyepi. Tujuan masej tu dihantar adalah untuk memohon maaf dari aku dan mak abah aku. Perlu ke dia dapat kemaafan dari kami setelah ape yang dia buat pada aku. Sebab dia aku tercampak dekat Pekan Kampar ni. Hampir 8 bulan aku merana kat sini, jauh dari family aku. Paling aku sedih bila terpaksa menyewa rumah seorang diri. Aku masih ingat lagi masa awal2 posting, hari2 aku menangis sebab terasa sunyi.
Paling sedih bila aku fikir pasal mak aku. Aku bertunang bulan 6 last year n sepatutnya aku berkahwin bulan 2 tahun ni. Mak dah buat beberapa persiapan utk majlis aku. Cadar dah beli, langsir pun dah tempah. Sebenarnya material untuk majlis nikah pun aku dah beli. Sedihkan... Aku putus tunang bulan 10. hurm... Aku pun tak tau salah siapa... Aku takda niat nak aibkan sesiapa..
Dah lama aku lupa benda ni, tapi terfikir balik. bila terfikir semula, mata dan hati pasti menangis... bersabarlah wahai hati...